Peristiwa yang saya ingin ceritakan ini sebenarnya berlaku di sekolah, ketika ketiadaan guru di dalam kelas. Kisahnya bermula begini.

Sewaktu saya sedang bersembang dengan kawan, tiba-tiba perut saya rasa seperti berkeroncong dan seperti ingin melepaskan angin. Saya sudah tidak dapat menahan lagi, lalu ter’lepas’ lah secara senyap-senyap. Kedua-dua kawan saya terbau sesuatu lalu terus menutup hidung.

“Siapa yang melepas  gas busuk ni?” Jeritnya. Kawan saya menuduh saya tetapi saya pura-pura tidak mengaku.

Kawan saya menuduh saya buat kali yang kedua. Saya tiada pilihan lagi dan terpaksa memberitahu perkara yang sebenar. Kedua-dua kawan saya ketawa terbahak-bahak.

Sejak hari itu, kawan saya menggelarkan saya sebagai ‘Raja Kentut’!