Ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, Aril menaiki sebuah bas dua tingkat. Ini merupakan pengalaman kali pertama dia menaiki bas dua tingkat.

Setelah bertanya begitu begini dengan ramai orang, Aril pun menaiki bas tersebut. Kerana terlalu teruja, dia menaiki bas di tingkat atas.

Setelah beberapa minit kemudian, Aril berlari turun ke tingkat bawah.

Pemandu bas kedua bertanya, “Kenapa kamu lari macam nampak hantu ni?”

Aril menjawab, “Ye, saya rasa bas ni berhantu! Tak ada pemandu di atas!”