Sebelum menjelangnya Hari Raya tahun lalu, saya dan jiran berpakat untuk membakar mercun.

Percaya atau tidak, jiran saya bercadang untuk membakar mercun itu di atas tahi kucing tanpa pengetahuan saya.

Kebetulan pada masa itu, saya melalui tempat itu untuk mengambil barang. Tiba-tiba satu letupan mercun dari arah kiri terkena di kepala saya berserta tahi kucing! 

Saya terkejut dan menjerit berlari ke dalam rumah untuk membasuh muka. Ketika itu, saya hampir tertelan tahi kucing yang busuk dan menggelikan itu.

Perasaan marah terhadap jiran saya memang agak tidak terkawal. Tetapi, inilah pengalaman lucu dan yang tidak dapat dilupakan.