Peristiwa ini berlaku semasa saya dan ibu sedang membeli-belah di pasar malam. Ketika di pasar, kami pergi ke tempat menjual pakaian dan saya terus membelek baju yang sesuai dengan saya.

Beberapa lama kemudian, saya terpandang sehelai t-shirt yang memang saya ingini.

Apa lagi, saya pun terus menarik tangan ibu dan memberitahu yang saya inginkan baju tersebut, tapi ibu tidak bersuara. Saya pun terus mendongak memandang wajah ibu.

Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat wanita itu bukan ibu saya!

Saya berasa amat malu sekali pada masa itu kerana saya tidak dapat mengecamnya disebabkan ibu memakai baju yang warnanya sama dengan wanita tersebut.

Saya memang berharap sangat agar perkara memalukan ini tidak akan berulang lagi.