TERKEJUT! Itu yang dialami apabila terlihat seekor kucing Siam dalam kotak besar berisi DVD yang diposkan.

Pemilik kucing itu, Julie Baggott langsung tidak berniat untuk ‘membungkus’ kucingnya dan dikirim ke West Sussex yang terletik lebih 400 kilometer dari rumahnya di Cornwall, England.

Semasa membungkus DVD dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada pembeli, Baggota langsung tidak tahu kucingnya, Cupcake masuk ke dalam kotak yang besar itu untuk tidur. 

Tanpa menyedari kucingnya berada dalam kota tersebut, Baggott menutup dan memeterai dan kemudian mengeposkannya. 

“Sedar-sedar cupcake hilang. Saya jadi takut,” cerita Baggott  kepada BBC. 

Merasakan kucingnya sudah melarikan diri, Baggott mengumpulkan keluarga dan jiran-jirannya untuk mencari Cupcake. 

“Kami buat poster dan berjalan berbatu-batu di sengenap sudut pekan dan hutan untuk mencari Cupcake,” katanya. 

Ziffit, sebuah syarikat perkhidmatan jual beli barang secara tunai, yang menerima kotak tersebut terkejut bila mendapati ada kucing bersama barang yang dikirim. Kucing itu kelihatan seperti ketakutan dan dahaga.  Mereka menulis dalam blog post di laman web mereka.

"Selalunya bila membuka peti pelanggan-pelanggan, buku, CD dan DVD adalah barangan biasa yang dikirim. Tetapi kali ini sangat berbeza dan baru bagikami,” kata seorang daripada pengarah Ziffit, Paul Treanor.

Menurut yang disiarkan dalam blog mereka, syarikat itu kemudian pergi ke Soyal Society, sebuah badan amal untuk Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan,  yang kemudian mengambil kucing itu dan menyerahkannya kepada Grove Lodge Vets.

“Tubuhnya agak kering dan jelas dia benar-benar ketakutan,” kata Ben Colwell, seorang doktor haiwan yang merawat Cupcake, memberitahu Guardian.

“Tubuhnya memberi respons yang sangat baik kepada cecair yang diberi.”

Doktor haiwan kemudian dapat mengenal pasti pemilik kucing tersebut melalui mikrocip yang ditanam dalam tubuh Cupcake.

Baggott gembira dengan kepulangan kucingnya dan penyatuan semula itu berlaku dalam suasana penuh tangisan.

"Ia adalah satu keajaiban dia masih hidup, dia berjaya melalui ujian yang besar untuk terus hidup," kata Baggott kepada BBC.

Selain serangga, telur ikan, cacing dan labah-labah, The Royal Mail melarang menghantar haiwan hidup melalui pos.