Pada suatu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik itu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari-pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak. Kapak aku buruk saja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari-pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka akan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari yang berlainan pula, Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ini, isterinya pula yang terjatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis, Pak Ali menjawab... “Ya, itulah isteriku...”

Pari-pari pun terkejut dan marah.

Pari-pari: Sungguh ku tak sangka. Kau yang suatu ketika dulu amat jujur, kini telah menjadi tamak.

Sambil menahan pilu, Pak Ali menjawab.

Pak Ali: Aku bukan tamak. Kalau aku ‘tidak’ pada Christina Aguilera, kau akan bawakan pula Britney Spears. Kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku. Bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang miskin ni tak mampu nak tanggung mereka semua...