Seperti biasa pagi-pagi lagi Pak Usop bersiap-siap hendak pergi memotong getah. Sebelum Pak Usop keluar rumah, Mak Midah pun berpesan.

"Abang, hati-hati ya di jalan raya," pesan Mak Midah.

Selepas itu, Pak Usop pun menunggang motosikalnya menuju ke kebun getahnya. Semasa Pak Usop melalui sebatang jalan raya, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.

Selepas Pak Usop membaca papan tanda tersebut, dia pun berasa sangat hampa lalu segera pulang ke rumahnya.

Apabila melihat kelibat Pak Usop yang pulang awal, Mak Midah pun berasa sangat hairan. Dia pun lalu bertanya "Kenapa Bang?"

Pak Usop pun menjawab... "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".