Kejadian ini berlaku sewaktu mata pelajaran Sains. Apabila saya ingatkan kembali kisah ini, saya akan ketawa berdekah-dekah.

Cikgu Azizah ( guru Sains) berpesan supaya membawa sekeping roti untuk tujuan eksperimen. Dengan tidak sengaja, saya terus bertanya kepada cikgu Azizah.

“Tin pun nak bawa?” Lalu cikgu Azizah menjawab, “Itu belum belajar lagi. Kita baru nak eksperimen roti.”

Apabila semua murid mendengar jawapan itu, mereka ketawa tanpa henti. Alangkah malunya saya. Itulah akibatnya tidak menumpukan perhatian semasa guru memberi arahan atau mengajar.