SIAPA sangka murid ini baru di tahun tiga tapi mampu berfikir di luar kotak membantu keluarga mencari wang untuk menampung kehidupan.

Walaupun nampak benda itu kecil namun ianya sangat memberi seribu makna.

Seorang adik boleh terfikir menjual aiskrim di sekolah dan duitnya digunakan untuk memberi wang saku kakak juga bayar pengangkutan van sekolah.

Ini yang dikongsi ibunya yang juga seorang pesakit kanser, Azlezan Mohd Yusof atau lebih mesra dipanggil Kak Yan yang pernah GPSBestari/Sinar Harian laporkan Febuari lalu.

Mari kita ikuti kisahnya.

+++

Walaupun Allah tarik salah satu nikmat iaitu tahap kesihatan buat diri Kak Yan.

Nikmat sihat.. tapi sebenarnya banyak lagi nikmat yang Allah Taala berikan yang perlu Kak Yan mensyukuri..

Mempunyai keluarga yang memahami terutama mak, abah, nenek, kakak, abang, ipar duai, anak-anak buah, sahabat, jiran tetangga, dan hamba-hamba Allah yang banyak memberi sokongan, semangat dari belakang, semoga kita semua dalam rahmat Allah dan dalam kasih sayangNYA.

Anak-anak Kak Yan yang bersekolah.

Walaupun sebenarnya Kak Yan berkali-kali jatuh, bangun... jatuh semula... bangun semula... dalam masa yang sama untuk Kak Yan menerima keadaan dengan redha sebenarnya mengambil masa yang agak lama dan sukar sebenarnya.. walaupun di lihat secara zahirnya Kak Yan seorang yang kuat semangat, tapi sebenarnya Allah SWT sahaja yang maha MENGETAHUI.. segalanya.

Allahuakbar, semoga anak-anak Kak Yan menjadi anak-anak yang solehah, penyejuk hati ibu dan ayah, berbakti kepada kedua orang tua, dalam seusia sebegini anak-anak sudah memahami masalah yang dihadapi oleh keluarganya.

Kak Yan tahu anak-anak tak mahu membebankan Kak Yan.. memikirkan tentang hendak menguruskan mereka, mereka sudah memahami tugas masing-masing, berusaha untuk memikul tanggungjawab yang besar terutama sudah faham ekonomi kewangan keluarga.

Wahai anak-anak ibu.. ibu tahu niatmu ingin membantu dan tidak mahu membebankan orang tua mu.

Anak sulong, Siti Norhanisah (13 tahun) dan kedua Siti Noratikah Atirah. Ibu dan ayah tidak tahu menahu tentang Atikah menjual aiskrim 50 sen di sekolah untuk mencari duit saku buat belanja si kakak yang kini tingkatan satu.

RM2.00 sehari, si adik sekolah di tahun tiga menjual aiskrim, si kakak dah malam hari sudah tidur.

Ayahnya.. bancuh air buat aiskrim, Atikah menjualnya.. sehari rm4.50... bagi duit saku kakak RM2. Selebihnya simpan tabung untuk bayar duit transport untuk si kakak katanya.

Atikah sekolah memang tidak bawa duit sebab mendapat RMT kat sekolahnya.

Ya Allah maafkan ibu kerana menyusahkan orang yang tersayang.

Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya engkau maha mengetahui segala-galanya, semoga engkau memberikan kesembuhan buat diriku lagi. AAMIN Ya Rabbal Alamin.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada anak-anak dan suami Kak Yan.

Kak Yan adalah ibu kepada empat anak perempuan. Dua lagi bernama Siti Nurul Ezzah (6 tahun) dan Siti Nurul Syawalia (3 tahun).

 

Kak Yan bersama tiga daripada empat anaknya.

 

Jutaan terima kasih di ucapkan juga buat semua orang yang mengenali mahupun tidak yang sentiasa mendoakan kesembuhan buat diri Kak Yan...

Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat kyan dan kepada sekelian hamba Allah yang sudi membantu, meringankan beban keluarga kami, kalian semua (hamba2 Allah) sentiasa di dalam doa Kak Yan...

Assalamualaikum Semua ❤

Boleh baca di sini laporan kami sebelum ini tentang Kak Yan ['Baju sekolah anakpun terpaksa minta dengan jiran..' - rintih ibu derita kanser otak]

Keluarga Kak Yan.