Umum sudah mengetahui bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang anak hasil perkahwinannya bersama Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah.

Kedua-dua cahaya matanya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Puteri kesayangan rakyat Brunei, YTM Puteri Ameerah ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).

Foto: Instagram @qudynaziz

Baginda baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu, telah pun berusia 11 tahun pada tahun ini.

Kejelitaan yang dimiliki oleh YTM Puteri Ameerah telah mencuri tumpuan kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam.

Ramai yang menyifatkan kejelitaan milik Puteri Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya, Azrinaz.

Sumber: www.nona.my

Ini pula kisah anak Norman Hakim yang dirisik nestizen https://www.gpsbestari.com/artikel/personaliti/ini-punca-pelajar-tingkatan-satu-dirisik-netizen-hingga-bapanya-terkejut-ketika-baca-dm-1.797143