AUTISME...Down Sindrom...Masalah Pendengaran...Masalah Pembelajaran...Hyperaktif...Lembam...mereka semualah anak murid saya.

Mendampingi mereka memerlukan skill yang tak ada diajar di mana-mana...menawan hati mereka perlu ada kesenian tersendiri...bukan semudah ABC..bukan hanya dengan bagi gula-gula begitu dan begini...

Merajuk...menangis...memberontak...bertindak ganas itu perkara biasa yang perlu di hadap guru setiap hari.

Cuci kencing...berak...hingus...muntah...santapan biasa buat kami guru Pendidikan Khas.

Andai guru arus perdana mendapat nama dan bangga dengan akademik cemerlang...tapi kami sudah cukup bangga andai anak didik kami mampu makan dengan tertib dan sopan.

Andai guru biasa dapat bangga dengan program-program hebat tersohor serata alam...tapi kami sudah cukup bangga andai anak didik kami dapat pakai baju seluar kasut dengan betul dan tak terlupa pakai seluar dalam.

Tapi kami selalu dikecam...alah...senang lah...murid sikit je...kau takpelah murid tak ambik exam. Seronok la kau...bukan ngajar sangat pun...dan bla bla bla.

Tau tak...nak ajar mereka makan dengan tangan kanan pun ambik masa bertahun. Hari ni ajar esok lupa. Nak latih buang air kat tandas pun makan masa... berapa banyak mop kami kena sedia...untuk lap air kencing mereka.

Walau apa pun tohmahan dan kecaman yang kami terima...kami sikit pun tak kisah...kami bahagia dengan kerjaya kami...SEORANG GURU PENDIDIKAN KHAS.

Andai ada yang bertanya...tak nak ke tukar ke arus perdana...jawapan kami..MAAF...JIWA KAMI SEBATI DI SINI DAN KAMI BAHAGIA BERSAMA ANAK SYURGA.

Dari saya Ustazah Zamzarina Mohamad.

SK Pendidikan Khas Besut.

Sumber: Facebook Na Zamzarina

Artikel Menarik:

Kerana longkang pra sekolah tersumbat, guru besar sanggup 'buat ini' - Ramai yang terkejut!

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

'Mulia sungguh hatimu...moga ALLAH melipat gandakan pahala buat cikgu'

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya