Murninya hati Cikgu Mohd Fadli Salleh, keprihatinannya tidak pernah terbatas. Siapapun mereka, Cikgu Fadhli tetap turun membantu, tanpa membezakan warna kulit, dan agama yang dianuti.

Ikuti perkongsian Cikgu Fadhli yang membuatkan ramai berasa sebak.

"Cikgu. Saya tak ada makanan mahu makan. Boleh tak cikgu tolong saya?"

Satu mesej masuk jam 4:30 petang tadi. Mesej itu aku sedari selepas berbuka puasa sebentar tadi dari Puan Jayalecthumi.

Kebetulan set barang dapur masih berbaki satu set. Niatnya untuk satu keluarga lain, tapi nampaknya ada keluarga yang lebih memerlukan.

Terus aku bersama Wan Ahmad Faiz dan Ucu Rizal bergerak ke sana.

Sebaik sampai di pagar, kehadiran aku disambut oleh Tiger, seekor anjing peliharaan mereka yang keliru samada ia seekor anjing atau harimau (Tiger).

Sejurus itu, Param (anjing lagi besar) sampai pula. Faiz dan Rizal terhenti langkah. Ragu-ragu nak datang dekat melihat aku dikelilingi Tiger dan Param.

Dua ekor anjing ni datang nak bermanja nak menggesel tubuhnya pada kaki aku.

"Haip Tiger! Behave. Don't you dare. Don't you!" sergah aku.

Terus menikus Tiger dan Param. Mereka dah kenal aku dah.

Mereka mula mengalih minat kepada pengunjung baru, Faiz dan Rizal. Pucat dah muka member aku berdua tu.

"Tiger. Param. Let's go," kataku lantas bergerak menuju rumah Puan Jaya.

Tiger dan Param patuh dan mengekori aku.

Faiz dan Rizal follow jauh-jauh takut dengan anjing. Haha.

Sebaik sampai, aku lihat anaknya tekun membuat kerja rumah. Aku terus merapati dan melihat kerja Matematik dia. Bagus budak ni, rajin belajar dan agak pandai juga kira-kira.

Mereka bersalaman dengan aku. Aku buka bungkusan yanh dibawa, terus aku ambil air kotak dan tolong cucukkan untuk keempat-empat anak mereka.

Air Milo diteguk dengan penuh kepuasan dan gembira. Seronok mereka, agaknya mereka belum makan apa-apa lagi.

Aku masuk ke dapur, melihat satu periuk dipanaskan dengan kayu api. Aku melihat, di dalamnya hanya ada kacang dhal.

Agaknya hanya itu makanan mereka untuk malam ini. Tong gas ada, tapi dah lama kehabisan gas. Nak beli gas pun mereka tak mampu.

Rumah buruk dinding zink yang banyak nyamuk ini dihuni oleh 7 nyawa.

Puan Jaya datang mendekat, menunjukkan sebuah buku. Buku kira-kira.

Di dalamnya ditulis apa yang perlu dia beli untuk memulakan perniagaan menjual bunga minggu hadapan.

"Cikgu. Ini semua barang yang perlu saya beli untuk mula berniaga. Tapi saya tak ada duit. Bolehkan cikgu tolong beli?"

http://172.20.3.:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926448.1558087792!/image/image.jpg

Aku melihat senarai itu. Banyak disenaraikan barangan yang perlu ada untuk bermula. Satu perjalanan untuk mengubah kehidupan keluarga mereka telah mereka mula.

Langkah pertama itu telah ada. Di depan rumah, ada satu gerai kayu yang hampir siap dibina menggunakan kayu terpakai.

Muthu suami Puan Jaya yang buat sendiri. Gerai itu akan ditarik ke satu tempat yang bakal dijadikan tapak perniagaan.

Baguslah. Mereka mula melangkah. Mula bangkit dari tempat paling bawah.

Rumahnya sebelum ini hanya berlantaikan tanah dan tiada bekalan air. Sedikit demi sedikit aku bantu hingga mereka simenkan tanah dan berjaya tarik air dari sumber kuil di depan sana.

Air telah pun ada walau pun tidak laju dan 'piping'nya huru hara. Maklumlah, semuanya Muthu buat sendiri. Muthu ni OKU. Kakinya ada cacat dilanggar bas suatu ketika dahulu.

Dan di malam Ramadan ke lapan ini, ada bantuan dari Dana Kita untuk mereka.

Sekurang-kurangnya mereka sekeluarga dapat makan nasi malam ini dan hari-hari seterusnya.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Itulah #DanaKITA.

Apa pun warna kulit mereka, apa jua agama yang mereka anuti, mereka masih insan yang perlu disantuni
 

ARTIKEL MENARIK:

'Dalam diam, murid ini solat dhuha di surau sekolah' - Catatan Cikgu Rohizan buat warganet sebak

Penangan Sir Uzair dan Cikgu Zameer buat pelajarnya minat subjek yang dianggap paling susah faham

'Walau dikecam, ditohmah namun saya tetap bahagia dengan anak syurga', ini kata guru Pendidikan Khas

'Mereka tak pernah sayang saya, ustaz' - warganet sebak bila dengar luahan pelajar ini

Kejutan lima sekawan, buat cikgu ini sebak…

 

.