‘Arwah pernah minta saya lukiskan segera gambar awan di dewan terbuka SK Temonyong, arwah khuatir tak sempat lihat... “

“Permintaannya buat saya sedih. Saya tak sempat buat masa arwah ada, sebab saya hidap slipdisc”

Begitu luahan Guru subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual, SK Pida 3 Jitra Kedah perihal arwah sahabatnya, Ustaz Nafisol Ahmad, Guru Besar SK Temonyong, Langkawi, Kedah.

“Saya penuhi juga hajat arwah. Saya mula melukis selepas arwah tiada dan saya betul-betul sembuh,”katanya sebak.

“Ini juga atas usaha dan inisiatif PIBG yang menghubungi saya selepas arwah meninggal untuk meneruskan juga projek Menggapai Awan tersebut.”

“Saya mengajar di SK Pida 3, Jitra... tapi sanggup ke Langkawi demi penuhi hasrat sahabat lama saya ini.”

“Lukisan tu saya lukis seorang diri sahaja... hampir dua minggu saya  baru siap lukis awan di dewan terbuka sepnajang 200 kaki. Tinggal lukisan pantai sahaja yang belum siap.”

“Bila melihatkan awan yang terlukis ini, hati saya sebak kenangkan arwah. Arwah ada darah tinggi, dan pergi selepas terkena stroke... masa arwah minta saya lukis tu, arwah masih sihat. Tapi ALLAH SWT sayangkan arwah....”

Moga ALLAH SWT menerima segala amalan, ibadah, dan taubatnya, serta tempatkan arwah Ustaz Nafisol bersama mereka yang beriman.