Rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menunggang seekor kerbau mencuri tumpuan netizen.

Video berdurasi 41 saat itu, telah mendapat lebih 300,000 tontonan, 4,700 tanda suka, dan dikongsi lebih 6,000 kali oleh warganet.

Malah, aksi berani murid prasekolah, Sekolah Pasti Aminul Rashid, Felda Lepar Hilir 2, Gambang, Pahang itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen.

Kebanyakannya menggelar adik Nurul Afina Aqila Azman atau lebih mesra dengan panggilan Che Tam ini, Syukur yang ke dua.

Bapanya, Azman Umar yang bekerja sebagai pemandu lori menjelaskan, anaknya itu memang dari usia dua tahun sudah minat dan sayang dengan lembu dan kerbau.

“Kerbau paling rapat dengan Che Tam, adalah Atan dan Zack. Boleh dikatakan, apa sahaja yang Che Tam cakap, semua kerbau-kerbau saya termasuk Atan dan Zack faham dan mengikut sahaja segala arahannya,”katanya.

Menurut Azman, Che Tam memang tidak takut langsung dengan kerbau. Malah, dia nampak gembira setiap kali berpeluang menunggang kerbau pada waktu petang.

“Walaupun anak tunggal kami tak pernah jatuh ataupun dicederakan, tapi… kami sentiasa mengawasi Che Tam tiap kali bersama kerbau-kerbau kami tu,”ujarnya.

Jelas Azman lagi, sudah menjadi rutin, setiap petang dia akan membawa Che Tam ke kandang kerbau, jika tidak Che Tam akan menangis.

“Pagi Che Tam akan ke sekolah, sebelah petang pula dia akan ke kelas tuisyen pula. Dalam pukul lima, barulah Che Tam berpeluang ikut saya ke kandang.

“Selalunya, Che Tam akan tunggang belakang kerbau sambil meghambat kerbau-kerbau kami balik ke kandang. Masa tu bisinglah mulut dia… sambil melaung ‘balik oi balik…’”

Tambahnya, sehingga kini, dia tidak pernah menjual ke semua kerbaunya.

“Itu memang arahan Che Tam, saya tak nak dia rasa sedih kalau saya jual semua kerbau-kerbau saya,”katanya.

Artikel Menarik:

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Cikgu K A Razhiyah terima Anugerah Puteri Maha Chakri 2019