"BEBERAPA kali Farah Natasha Sofea Mohamad Saufi WhatsApp cikgu dan beritahu nak datang ke sekolah. Tapi cikgu tak reply sebab bimbang keselamatan dia (ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan).

"Tetapi satu hari, dia datang bersama keluarga sambil membawa kek dan bunga untuk dihadiahkan pada cikgu sempena Hari Guru, baru-baru ini.

"Cikgu terkejut dan tergamam. Tak sangka dia datang dari jauh semata-mata nak beri ini kepada cikgu. Terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang cukup bermakna ini," kata pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), [email protected] Mohamed.

Menurut Cikgu Kamsah, Farah Natasha Sofea merupakan pelajar Tingkatan Satu dan berasal dari Paka, Dungun.

"Dia baru tiga bulan belajar di Sesma. Seorang pelajar yang cemerlang, menghormati guru, rajin dan suka membantu guru serta rakan di sekolah. Dia juga contoh pelajar berwajah dan berwatak," katanya.

Selain Farah Natasha Sofea, Cikgu Kamsah turut menerima ucapan sempena Hari Guru menerusi WhatsApp dan juga video daripada pelajar Sesma yang lain.

"Memang anak-anak didik sentiasa berhubung dengan cikgu secara online melalui pelbagai saluran sosial media. Mereka sering bertanya khabar dan berkongsi cerita masing-masing.

"Kebetulan baru-baru ini Hari Guru, jadi ramai pelajar Sesma memberi pelbagai ucapan. Cikgu benar-benar terharu. Cikgu sayang anda semua," ujarnya.    

Artikel menarik: 

Berdebar dilantik pengetua sekolah terbaik negara, akhirnya Cikgu Kamsah guna pendekatan ini

Enam guru yang namanya disebut-sebut PM, Guru Malaysia paling hebat

Kembali berkarya. Cikgu Mohd Nizam kongsi kata-kata motivasi untuk pendidik SK Dato’ Wan Kemara