MUDANYA cikgu ni. Dah jadi guru besar dah.

Rezekikan.

Seperti kata beliau menerusi facebook baru-baru ini...

"Alhamdulillah, pada Mac lepas usia saya 32 tahun dan saya antara yang termuda menjadi seorang Guru Besar di Malaysia. Inilah rezeki dari Allah yang mana saya rasakan satu amanah, tanggungjawab, kerja buat dan pengorbanan saya untuk anak bangsa Malaysia," kata Osman Zaini yang kini Guru Besar Sekolah Kebangsaan Segali, Simunjan, Sarawak.

Ikuti catatan ringkas Cikgu Osman dalam hantarannya, 8 Julai yang lalu.

**********

Bermula dari tanggal 18 Februari 2020, tika saya melapor diri memikul amanah sebagai Guru Besar di SK Segali, Simunjan, sehingga ke tarikh hari ini 8 Julai 2020.

Terdapat beberapa perkara iaitu ilmu dan pengalaman yang saya perolehi serta tindakan yang saya sudah laksanakan dan terus saya amalkan ingin saya kongsikan:

1) Percaya dan yakin kepada diri sendiri.

2) Lakukan perubahan minda dan tindakan.

3) Sifat humanistik yang tinggi kepada semua guru.

4) Menghormati semua staf dengan penuh hormat. (hampir semua staf saya lebih senior kerana saat saya dilantik saya masih 31 tahun)

5) Melakukan tugasan dan pulangan mengikut masa yang ditetapkan.

6) Menjaga kebajikan semua staf saya termasuk guru, guru KAFA, staf AKP dan pekerja swasta.

7) Sentiasa senyum kepada semua staf.

8) Makan bersama-sama staf.

9) Memberi kebebasan kepada staf dalam PdPC.

10) Mendengar pendapat dan curahan idea guru dengan baik.

Saya kongsikan dulu 10 catatan saya kepada semua terutamanya yang bercita-cita dan ada impian ingin menjadi seorang pentadbir, pengurus dan pemudahcara sekolah. Kelak saya kongsikan banyak lagi catatan saya sebagai seorang Guru Besar.

Jom guru-guru muda seluruh Malaysia, kita cari pengalaman dan jangan takut untuk memohon NPQEL sebagai langkah pertama kita menjadi seorang pemimpin sekolah.

Kita guru muda boleh dan generasi guru muda yang akan dan bakal memimpin kepimpinan pendidikan dan landskap pendidikan negara ke arah yang lebih berkualiti, cemerlang dan progresif.

Terima kasih Tuan Pengarah JPN Sarawak, Tuan Haji Cikgu Ali Abang Masagus dan mantan Pengarah JPN Sarawak, Cikgu Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad serta Tuan KPPD Simunjan, Cikgu Hasbi Ancheh atas kepercayaan dan amanah yang diberi kepada saya untuk bersama memacu pendidikan negeri Sarawak.

Sumber: Facebook Osman Zalikha Rizqa

Artikel menarik:

Mudanya! Usia 33 tahun, guru ini dah jadi Guru Besar. Cikgu ini kongsi, kot boleh jadi inspirasi

‘Rakan sekelas jadi mangsa, imaginasi tinggi murid Tahun Tiga ini di luar jangkauan akal!’

'Saya tak cukup duit cikgu nak naik bas hingga ke sekolah' - Luahan ikhlas pelajar buat ramai sebak