KERJAYA guru prasekolah kini semakin diminati, sama ada guru wanita mahupun lelaki. Lebih-lebih lagi bagi guru-guru yang sukakan kanak-kanak.

Sudah pasti, gelagat kanak-kanak prasekolah itu bagaikan sebuah terapi untuk membangkitkan aura kegembiraan.

Bagi Guru Prasekolah (Prawawasan), Sekolah Kebangsaan Pelangai, Kuala Pilah, Cikgu Yusmizul Idzhan, menjadi guru prasekolah memberikannya kepuasan dan keseronokan.

Apatah lagi setiap hari, beliau berpeluang berhadapan dengan gelagat kanak-kanak riang yang pelbagai di kelasnya. Misalnya kisah murid prasekolah bernama Nur Farihah Baharom ini.

Keengganannya menanggalkan cermin mata hitam di dalam kelas telah mencuit hati guru yang mempunyai 20 tahun pengalaman mengajar di prasekolah.

Kata beliau, murid tersebut tidak mahu datang kelas prasekolah, kecuali dapat pakai cermin mata hitam, walaupun hanya dia seorang sahaja yang memakainya.

“Bila bercermin mata hitam, baru lah murid ini rasa bersemangat dan automatik ada ‘aura keyakinan diri untuk datang dan belajar di kelas prasekolah.

“Jadi saya sebagai guru prasekolah bersetuju untuk ‘melayan serta akur’ dengan kehendak murid saya itu demi untuk memujuk serta ‘mencetuskan rasa seronok bila datang ke prasekolah,”katanya.

Artikel lain:

11 Kantin sekolah dengan dekorasi mewah ini patut jadi destinasi lawatan penanda aras

Cikgu boleh semak ujian kesihatan mental di sini…

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020