Sesiapapun akan berasa sedih, kena pindah sekolah setelah 28 tahun berbakti di sekolah yang sama.

Namun, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh semua pendidik, perlu bersedia dalam apa jua kemungkinan.

Guru Kanan mata pelajaran Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 Shah Alam, Mohamad Khamidon Sadi atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Donze, berkongsi momen sedih pelajarnya, ekoran perpindahan beliau ke SMK Seksyen 18 Shah Alam.  

Menerusi beberapa perkongsian dan juga video di facebook milik beliau, rata-rata pelajarnya tidak menahan sebak, apabila guru kesayangan mereka terpaksa bertukar ke sekolah baharu.

Pemergianku....

Lebih menyedihkan, selain guru-guru dan bekas pelajar,  netizen yang menyaksikan perpisahan penuh syahdu itu turut terkesan dan berkongsi kesedihan yang sama.

Sayangnya mereka pada Cikgu Donze...

Masing-masing menzahirkan rasa terharu dan berpendapat, pelajar-pelajar sekolah ini beruntung kerana  mendapat guru seperti dirinya.

Cikgu Donze bukan sahaja disayangi oleh semua pelajar di sekolah itu, malah turut dikasihi oleh bekas pelajar yang mengenali beliau.

Di entrinya itu, Cikgu Donze turut menulis luahan hati, beberapa hari sebelum berpindah ke sekolah baharu.

Beliau tidak dapat menahan sebak, apabila hampir setiap hari, ada sahaja majlis kejutan perpisahan daripada pelajar buatnya di dalam kelas.

Menyentuh hati cikgu

10 pencapaian tertinggi yang diperoleh Cikgu Donze

1. Johan International Singing Competetion Festival Abanico - Sofia Bulgaria

2. Anugerah Emas International Folklore Festival Rimini Itali

3. Naib Johan International Horse Sculpture Painting

4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

5. Ikon Guru Kebangsaan 2017

6. Anugerah Guru Inspirasi Mc Donald Kebangsaan 2018

7. Ikon Guru Negeri Selangor 2016

8. Naib Johan Mural Kebangsaan 2015 dan 2017

9. Johan Nyanyian Majlis Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Kebangsaan - enam kali

10. Johan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan (PSKPP) Negeri Selangor - lebih 15 kali

Terima kasih anak-anak cikgu...

Terima kasih semua sahabat yang mengenali

Berjurai air mata cikgu...

Selamat berjaya Cikgu Donze