" Su...cikgu tu mendidik bukan mengasuh anak kita. Ingat dan dengar apa yang abang cakap ni baik- baik. Biar hati kita luka, biar hati kita sedih. Biar anak kita sakit. Tapi jangan sesekali kita calarkan hati cikgu anak kita...jangan sesekali kita buat hati cikgu anak kita, sedih. Takut terhijab ilmu anak kita sebab sedih dan terluka hati cikgu. Ingat tu....redha. Ingat tu ..bukan mudah dia nak didik anak kita dan kawan-kawannya. Cuba belajar sabar....tenang diri. Jangan terburu-buru bertindak" lembut suara suami tapi tegas nadanya. Buat saya terdiam...

Tidak ramai yang tenang dan terbuka hatinya. Tidak ramai juga mampu untuk positif dan memandang sesuatu ujian itu dengan nilai maksud yang tersendiri. Perkongsian seorang ibu bernama Supiyaton Mokti dari Felda Sungai Kelamah ini begitu menyejukkan hati. Bukan sakit di mata yang dinilai, tetapi keberkatan ilmu yang mahu diraih.

Moga perkongsiannya ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Sey seorang ibu pasti tertumpahnya kasih sayang kepada anak yang kita lahirkan. Jiwa tersentuh bila anak kita sakit. Saya kongsikan pengalaman & kisah anak sulung yang kini berusia 24 tahun. Pada tahun pertama jejak kaki ke sekolah menengah & berasrama. Seorang anak yang pendiam & taat. Suara jarang sekali kedengaran. Ini diakui oleh cikgu2 yang mengajarnya.

Satu hari di asrama ..di dewan makan. Murid lelaki bersepah sisa makanan di meja. Walaupun selalu diingatkan...masih banyak bersisa. Warden agak tegas petang tu...tiada yang mengaku buat sisa makanan bersepah. Hurm...apa lagi. Rotanlah jawapannya...mungkin dalam keadaan marah Alonglah orang paling depan sekali..pastinya orang pertama kena rotan & pastinya momentum merotan kuat...terkena pada atas lengan. Petang tu....murid lelaki di dewan makan kena rotan. Sebab tiada seorang pun mengaku kesalahan.

Hampir seminggu dari Peristiwa..Along balik bulanan. Bila dio berbual di meja makan terpandang lengannya yang berkudis panjang.

" Long...kenapo ni" sey tanyo Along.

" Xada apa-apalah" jawab Along. Memang sikap dia tak mahu risaukan hati ibu dia.

" Gaduh ko atau jatuh?" Sey tanyo lagi..desak dio buka mulut.

" Kena rotan dengan warden" jawab Along perlahan.

" Kenapo? Sey ingin tahu....dalam hati berkata " rotan sampai mcam tu sekali"...dalam hati je. Sayu gak tengok tangan anak yang luka berkudis gitu.

" Bukan along sorang ...semua kena. Sisa makanan bersepah...tak ada yang mengaku. Apa lagi...marahlah warden".

" Oooo...lain kali, jangan buat lagi" sey Cuba bagi nasihat. Pada hal dalam hati terluka tengok kudis panjang di lengan anak. Along rilex je.

Memang sey jarang membicarakan tentang guru2 depan anak. Saya Tak mahu anak hilang hormat pada guru. Tapi tak sabar tunggu En. Somi nak maklumkan kesan rotan yang luka tu. Sambil En. Somi berehat di bilik, sey terus bagi tau...kisah Along kena rotan luka berkudis.

" Bang...jumpolah warden tu. Mana boleh dondo budak macam tu. Luka tu bang...mesti parut kekal besok tu". En. Somi tenang aje...tengok muko sey yang sodih ni.

" Bang....jumpo pengetuo ko. Maklumkan perkaro ni". Sey desak En.Somi. Rileks je dio.

" Su...anak kito lelaki. Lelaki bia jiwo kental..bia raso sakit tu" . Alahai macam tu pandangan En. Somi.

" Bang...cedera tu, sekurang-kurang bagi peringatan pada warden tu" sey desak suami lagi.

" Su...cikgu tu mendidik bukan mengasuh anak kito. Ingat & donga apo yang abang cakap ni baik- baik. Biar hati kito luko, biar hati kito sodih. Biar anak kito sakit. Tapi jangan sesekali kito calar an hati cikgu anak kito...jangan sesekali kito buek hati cikgu anak kito, sodih. Takut terhijab ilmu anak kita sobab sodih & terluka ee hati cikgu. Ingat tu....redho. Ingat tu ..bukan mudah dio nak didik anak kito & kawan2 ee. Cuba belajar sabar....tonang diri. Jangan terburu-buru bertindak" lembut suara suami tapi tegas nadanya. Buat sey terdiam...

" Ingat....bosa dugaan mendidik anak ni. Anak -anak pun ujian Allah untuk kito. Allah dugo kita dengan anak-anak juga. Jangan ikut hati tu...sabar". Sey rasa tenang semula.

Ya Allah....bersyukurnya punyo nakhoda yang boleh menenangkan jiwa. Meleraikan kekusutan jiwa. Sey redho....Alhamdulillah redho...seredho Along menerima dendaan mendidik dari gurunya.

Ahad berikutnya...sewaktu hantar Along balik asrama. Kami suami isteri jumpa warden mohon maaf andainya kesilapan anak kami padanya & guru lain. Kami mohon maaf sebab anak buat sisa makanan bersepah di dewan makan. & Berterima kasih kerana beri peringatan anak dengan merotannya. Akhirnya ..terjalin hubungan akrab antara warden, along & kami. Telus tanpa bersangka di hati kami. Redho. Terima Kasih Ya Allah...kurniakan seorang pemimpin yang tegas & motivator yang hebat dalam rumah kami. Selalu bimbing kami jangan tersasar. TQ...En Somi.

Sehingga kini parut masih jelas akibat kesan rotan yang luka. Alhamdulillah...Along dah dewasa. Semoga jadi anak soleh, penyejuk mata & hati ayah ibu. Contoh tauladan pada adik-adik.

Ini hanya secebis kisah kehidupan.....asam garam yang perlu ditempuh.

#syukuratasnikmatMu

Artikel berkaitan:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

Guru Adiwira ini kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak Orang Asli

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

'Sini mak, Syikin kat sini, mak datanglah' - Gangguan satu suara buat Ustaz Malik dalam ketakutan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai