Isu keamanan, ekonomi dan juga sistem pendidikan yang masih rendah merupakan antara permasalahan biasa yang sering berlaku di beberapa negara miskin luar. Jika dibandingkan dengan Malaysia, sudah tentulah situasi tersebut jauh berbeza.

Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan masalah tenaga pengajar yang tidak mencukupi, bahkan turut mengalami kekurangan bahan bantu mengajar, dan kelas yang terhad.

Keadaan yang serba kekurangan itu menyebabkan sesetengahnya terpaksa belajar berhimpit-himpit dalam satu kelas. Namun, ia langsung tidak mematahkan semangat mereka yang sentiasa dahagakan ilmu.

Gambar: asirigbakaute

Sebuah portal berita Asirigbakaute yang bertapak di River State, Nigeria, Afrika Barat turut melaporkan, rakyat negara itu bukan sahaja mahukan suasana pembelajaran yang sempurna, bahkan beberapa buah sekolah di negara itu turut menggesa campur tangan kerajaan agar permasalahan tersebut dapat diatasi segera.  

Antara sekolah yang turut dihimpit masalah kemiskinan adalah Community Comprehensive Secondary School (CCSS), yang terletak di Norway Gham Tai.  

Seorang kakitangan sekolah yang enggan dirinya dikenali melahirkan perasaan ketidakpuasan hati mengenai suasana pembelajaran di sana.

Guru menulis di atas papan tulis yang sudah usang. Pelajar pula terpaksa belajar di dalam kelas yang padat. Terdapat juga pelajar yang terpaksa duduk di atas lantai dan bawah meja. -  Gambar: asirigbakaute

Keadaan sekolah yang serba kekurangan, termasuklah meja tidak mencukupi, kekurangan tenaga pengajar dan juga kurangnya alat bantu mengajar yang diperlukan oleh kebanyakan guru di sana.

Biarpun sesetengahnya sangat menghargai polisi kerajaan mengenai persekolahan percuma, namun beberapa perkara lain perlu ditekankan.

Antaranya perlu membuat perancangan rapi bagi membolehkan sekolah terus beroperasi tidak hanya sekadar cakap kosong semata.

“Kami berharap, agar pihak kerajaan menjadi lebih proaktif dan pragmatik dalam melaksanakannya,”katanya.

Timbalan Ketua Pengawas pelajar lelaki, Barine Joshua, 18, berkata, sekolah mengalami kekurangan tenaga pengajar, terutamanya untuk mata pelajaran Sains.

Pelajar terpaksa berhimpit di dalam kelas yang padat - Gambar: asirigbakaute

“Kami kekurangan guru Sains dan peralatan makmal untuk latihan uji kaji, dan ini amat memberi kesan kepada pelajar yang mengambil aliran Sains,”keluhnya.

Sementara itu, setiausaha sekolah, Nuka, 46, juga turut menekankan tentang keperluan kebajikan kakitangan dan para pelajar.

Malah, beliau turut merayu agar kerajaan cuba mempertimbangkan isu kenaikan pangkat kakitangan dan kebajikan lain.

Bukan sahaja sekolah, The Universal Basic Education (UBE) juga turut berhadapan dengan masalah yang serupa.

Semua pelajar terpaksa berhimpit disebabkan kekurangan bilik darjah dan meja.

Kesannya, pelajar mula tidak mengambil berat mengenai persekolahan kerana suasana pembelajaran yang kurang memuaskan.

Pun begitu, beberapa orang pendidik dan pelajar negara itu mengharapkan perubahan berlaku dalam masa terdekat, bagi membolehkan mereka menghasilkan lebih banyak perkara baik dan positif, bertitik tolak daripada  kesukaran yang mereka hadapi.

Artikel Menarik:

‘Sedapnya cikgu, tak pernah saya makan ni di kampung,’ - Cikgu sebak, anak murid teruja makan McD

Hebat betul Cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan juru mekap kesan khas profesional

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik

'Wah kemasnya almari kamu!' - Guru ini latih murid seawal tahun dua berdikari

Enam teknik mudah untuk pelajar skor A Matematik - Calon SPM pun boleh guna cara ini