Guru akan berbuat apa sahaja untuk anak didiknya.

Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata mahu mencurahkan bakti dan budi kepada seluruh murid.

Namun, masih ada segelintir pelajar yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati cikgu sehinggakan ada guru terpaksa menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.

Kenapa ini berlaku?

Apa yang membuatkan pelajar tersebut bersikap sebegitu pada guru-guru?

Ustaz Tido berkongsi kisah tentang guru menangis disebabkan pelajar..

Mari kita hadam

**********  

Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya.

“Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. "

Kesian cikgu. Kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tak jaga langsung adab dengan cikgu. Sampai guru tertekan.

Ada guru yang cerita dengan saya lepas ceramah menangis. Anak muridnya panggil dengan panggilan binatang. Anak murid buat muka dengan cikgu.

Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik, mengadu kat mak ayah. Mak ayah mula serang cikgu, viralkan, dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak-anak. Terlalu percaya pada anak, sehingga anak-anak berani menipu. Berani kurang ajar dengan cikgu. Ya Allah ampunilah anak-anak pelajar saya.

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap tak selidik sebelum bertindak.

Saya takut-takut kita bukan sayangkan anak sebenarnya, malah kita hancurkan masa depan anak-anak.

Saya selalu beritahu pelajar-pelaja dalam ceramah sebelum ini...

“Kalau kita mengumpat cikgu, maki cikgu, kurang ajar dengan cikgu...jangan harap dapat keberkatan daripada guru.

Padahal keberkatan gurulah asbab kita berjaya masa hadapan. Hidup tenang dan bahagia.

Tapi malangnya anak-anak dapat “lesen besar” daripada mak ayah. Seolah-olah sikit pun tak boleh sentuh anaknya. Lama kelamaan tak ada lagi orang yang akan hormat pada guru.

Saya kerap dipanggil oleh sekolah-sekolah terbaik di Malaysia (sebelum ini).

Bila saya tanya tajuk apa cikgu?

Cikgu jawab

“*Sekolah* ini ustaz basuh bab hormat guru. Mereka anak orang kaya. Orang elite. Tapi kesian ustaz, bila kami tegur, marah denda mereka, mak ayah mereka selalu salahkan cikgu. Kami dah tak tahu nak buat apa...”

Wahai ibu bapa...

Bukankah kita juga dulu pernah didenda, dirotan? Ditarik sekben? Didenda berdiri atas kerusi? Ditampar?

Sehingga hari ini kita berjaya. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu dekat mereka.

Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kalau kita ngadu cikgu pukul. Ingat tak?

Kesian. Betullah kata ustaz saya tadi. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu. Bermulanya kesokan adab.

Wahai guru-guru...

Allah sayang cikgu semua mungkin asbab ujian begini Allah nak ampunkan dosa-dosa kita dulu...

Tabahlah... Allah bagi ganjaran setiap kesabaran ni...Teruslah istiqamah.

Selalu saya cakap dengan guru-guru masa program LADAP yang lalu.

Guru bukan ibarat seperti lilin. Lilin walaupun dia bakar dirinya tapi lama kelamaan dia akan padam, habis.

Sebenarnya guru ibarat seperti matahari sentiasa membakar diri untuk beri manfaat pada orang lain.

Ya Allah ampunilah kami. Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.

Kita serah bulat-bulat pada guru untuk didik anak kita. Padahal tanggungjawab itu tanggungjawab kita sebenarnya.

Ya Allah. Jadikanlah kami mak ayah yang sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru.

Ya Allah ampunilah kami. Kami berdosa dengan guru-guru anak-anak kami. Amin.

Sumber: Facebook Ustaz Tido

Artikel menarik

Budaya bawa bekal ke sekolah, bukan sahaja murid, guru pun teruskan amalan ini. Terbaiklah cikgu...

Walau tiada A dalam SPM, Cikgu ini akhirnya berjaya genggam Master