Bila lihat murid pedalaman jerit gembira dapat makan ayam goreng KFC, barulah sedar… ia makanan istimewa. Cikgu Nazmi sebak…  

“Oh KFC ni ada original dan spicy ya cikgu?”

“Ai… kenapa yang ini pedas cikgu?”

“Yeayyyyy KFC! KFC!”

Begitulah reaksi sebahagian murid dari pedalaman Sarawak ini bila Guru Bahasa Inggeris, SK Long Sukang, Cikgu Muhamad Nazmi Rosli edarkan KFC kepada mereka.

Kebanyakan kita mungkin merasakan makanan segera ini hanyalah makanan biasa, tetapi bila melihatkan bagaimana murid-murid ini menghargai dan gembira dapat makan KFC, barulah kita sedar, ayam goreng sedap ini terlalu istimewa buat mereka.

Melihatkan keterjuaan mereka sahaja, hati sudah sebak….

Ini perkongsian Cikgu Nazmi tentang murid-murid ini….

“Ha sapa nak KFC?”

Teacher…  teacher me… Me me MEEEEEEEE!!!”

Ambil KFC. Terus lari masuk rumah.

“KFC! KFC! KFC! AAAAARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Jerit Ryan yang berumur 6 tahun.

Alhamdulillah diberikan peluang sampaikan KFC Family Bucket kepada beberapa buah keluarga.

Dulu first time bagi pelajar rasa KFC, terkejut mereka, baru tau KFC ni ada original dan ada yang spicy.

Terkejut.

Bila dah selalu ke KFC, dah selalu ke restoran yang lebih fancy, rasa macam KFC ni jadi last choice je.

Tapi bila tengok dorang dan keluarga appreciate KFC, rasa macam baru sedar yang bagi sesetengah kita, KFC ni sebenarnya satu hidangan istimewa.

Bukan selalu dapat.

Bukan selalu dapat.

“Ai kenapa yang ni pedas teacher?”

Diam je teacher tengok…. terkedu dan sebak.

Teacher dan member datang jauh-jauh dari pekan ni, cuma nak sampaikan sahaja.

Bukan sumbangan teacher ni.

Teacher tolong sampaikan sahaja.

Teacher pun harap teacher boleh bagi selalu.

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Terima kasih juga sebab libatkan saya dan kawan-kawan.  

Ada orang alim bagitau rezeki kita sebenarnya adalah apa yang dikurniakan untuk kita tapi kita bukan belanjakan untuk kita.

Infak tanpa judge kepada siapa yang kita beri.

Rezeki masing-masing dah ditetapkan, tetapi Allah nak kita infak juga supaya kita belajar sayang satu sama lain, dan tidak menilai satu sama lain.

Haa,. Macam-macam yang saya belajar dari trip KFC kali ni.

Terima kasih sekali lagi - Syed Azmi

Boleh tonton reaksi pelajar menerima KFC di pautan video di sini:  https://www.facebook.com/100016875074579/videos/pcb.831718117400683/831716504067511