Murid perempuan yang tular kerana berlari lawan arah, dalam kejohanan olahraga di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada 18 April lalu, adalah adik Aishah [email protected], atau lebih senang dengan sapaan Aishah.

Tindakan spontan murid tahun satu, berketurunan Orang Asli Temiar yang menyertai acara larian 4×50 meter itu, telah mencuit hati netizen, gara-gara berlari berlawanan arah dengan peserta lain.

Menurut Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SK Pos Kuala Mu, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof, Aishah sebenarnya tidak terlibat dalam acara 4X50 meter. Dia hanya menggantikan tempat peserta lain yang demam, dan tidak datang sekolah.

Aishah bersama salah seorang pegawai PPD Daerah Kuala Kangsar, Puan Aishah Mohamad yang berkunjung ke sekolah (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

“Sebelum tu Aishah masuk acara sukaneka. Dalam acara tu, Aishah perlu berlari ulang alik. Mungkin sebab tulah Aishah keliru, sehingga dia berlari lawan arah dengan lawan lain. Kalau tak, mesti Aishah dah dapat tempat pertama,”jelasnya kepada GPSBestari.

Berkenaan video yang mendapat 15,000 tontonan, 24,848 perkongsian dan 6,000 komen di media sosial itu, Megat Asrul langsung tidak menyangka Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak menjadi tular gara-gara murid bernama Aishah.

“Video larian tu diambil oleh Pembantu Tadbir Sekolah, Adinoramim Mohd Resat, dan diupload pula oleh Cikgu Mohd Hafis Ismail di facebook. Kami memang tak jangka video tu boleh tular. Sebab sebelum ni, pernah juga kami lihat video yang lebih kurang sama situasinya tular, tapi ia video dari luar negaralah.

Aishah ditemani teman ketika bergambar di atas pentas bersama guru-guru (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak

“Kami ada nyatakan pada Aishah, dia sudah tular dan ‘popular’, dia nampak agak janggal, barangkali masih keliru. Lebih-lebih lagi bila guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah asyik bercerita halnya,”katanya.

Tambah Megat Asrul, pada minggu pertama tular, Aishah dijemput untuk naik ke atas pentas semasa perhimpunan sekolah. Dimaklumkan juga kepada semua murid, Aishah telah menghiburkan seluruh rakyat Malaysia.

“Aishah pemalu orangnya. Sebagai galakan dan mudahkan dia beri kerjasama, saya beri dia hadiah untuk pujuk dia bergambar dan naik atas pentas. Tapi disebabkan malu itu, dia tarik kawannya naik sama atas pentas.

“Tangan pun tak lepas pegang kawannya itu. Memang dia nmpk takut sangat bila orang sebut namanya. Tapi sekarang, Aishah sudah nampak berani sedikit, keyakinannya juga sudah ada. Dia mula menyesuaikan diri dengan keadaan,”katanya.

Menurut Megat Asrul, sebenarnya guru-guru di SK Pos Kuala Mu memerlukan masa untuk menyelami hati anak-anak itu, berikutan ketiadaan guru perempuan mengajar di sekolah tersebut.

Aishah ketika program Ziarah Cakna Santuni Aishah 'Tular'

Justeru, pihak sekolah dengan kerjasama Guru Kanan HEM, Cikgu Asnulwida Amir Hassan telah membuat Ziarah Cakna menyantuni Aishah ‘tular’ baru-baru ini.

“Kunjungan cakna tersebut adalah untuk menerangkan situasi Aishah kepada keluarganya,”katanya.

Aishah [email protected], sebenarnya kurang kasih sayang dari seorang ibu. Dia tinggal bersama ayah dan kakaknya, Jura, murid darjah 3 di SK Pos Kuala Mu. Ibunya sudah berkahwin baru dan tinggal di tempat lain, kira-kira 90km dari Pos Kuala Mu.

“Ayahnya bekerja dan lewat petang baru balik. Makan dan minum, harap jiran-jiran yang datang bantu dan tengok Aishah dan kakaknya. Saya berharap Aishah kuat dengan dugaan ini. Serta boleh berjaya dalam sukan dan pelajaran suatu hari nanti,”katanya.

Larian lawan arah buat Aishah 'popular'

Ziarah Cakna Santuni Aishah ‘tular’

ARTIKEL MENARIK:

'Hormati mak ayah, kawal nafsu, kejar syurga' - Siapa jadi pelajar Cikgu Ven pasti dapat nota ini

'Dalam diam, murid ini solat dhuha di surau sekolah' - Catatan Cikgu Rohizan buat warganet sebak

Patutlah guru-guru ini terima Anugerah Guru Adiwira...rupa-rupanya ini cerita mereka

Cara mudah menghafaz al-Quran..10 tip ini boleh dijadikan panduan

'Sesekali, semaklah buku sekolah anak' - Ini nasihat Ketua Guru Disiplin