"DHIA Nur Mirza Shahrulrizal punya bakat yang luar biasa.

"Walaupun baru berusia tujuh tahun, tetapi dia sudah mampu melukis gambar komik yang begitu cantik dan kemas," kata Cikgu Esmimi Elias dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Cikgu Esmimi berkata, murid Tahun Satu Ibnu Majah ini sememangnya seorang yang suka melukis dan mewarna sejak umurnya empat tahun lagi.

"Dhia Nur Mirza suka baca komik dan menonton kartun kegemaran menerusi you tube.

"Bila selesai membaca komik dan menonton rancangan kesukaannya di rumah, dia akan terus mencapai pen dan mula melukis.  

"Di sekolah pun begitu juga, bila ada masa luang, dia akan mengambil kertas dan pen serta mula melakar watak-watak komik yang dia sukakan, dan inilah hasilnya (merujuk kepada gambar di bawah).

Menurut Cikgu Esmimi, banyak karya yang telah dihasilkan oleh muridnya itu.

"Seperti yang diceritakan oleh kedua ibu bapanya, koleksi karya Dhia Nur Mirza tersimpan rapi di rumah untuk dijadikan kenangan bila dia dewasa kelak," jelasnya.

Cikgu Esmimi turut menitipkan sedikit nasihat buat Dhia Nur Mirza.

"Cikgu harap kamu terus menghasilkan karya yang lebih hebat di masa akan datang.

"Jangan berhenti separuh jalan kerana bakat yang kamu ada ini, adalah satu anugerah terindah yang diberikan oleh Allah," katanya.  

Artikel menarik:

Sekeping nota kecil ditampal di pintu stor sekolah, khas untuk tukang kebun. Ramai sebak dan terharu

Potret wajah guru penuhi bilik cetak. Tak sangka ia hasil tangan ajaib Kakitangan Pelaksana Sekolah

Guru Cemerlang kongsi sembilan rahsia menjadi guru hebat