Bicara berirama adalah satu persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Sementara suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

Bagi mendapatkan keseragaman persembahan, penghayatan, dan kreativiti, peranan konduktor dan semangat kesatuan dalam pasukan membolehkan sesuatu persembahan itu dapat disampaikan dengan jayanya.

Itu yang ditonjolkan oleh pasukan GEWIRA dari SMK Agama Kota Kinabalu yang mewakili Negeri Sabah dalam pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2018 sempena  Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak baru-baru ini.

Kelainan dan kreativiti yang ditonjolkan oleh kumpulan ini telah berjaya menjuarai pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2018, sekaligus muncul Johan Keseluruhan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2018.

Video penuh kumpulan ini telah mendapat lebih 179,000 ribu tontonan dan 4,000 perkongsian di laman facebook Teacher Collection setakat ini.

Lagu Mantera Semerah Padi nyanyian Datuk M.Nasir menjadi muzik latar untuk persembahan pembukaan GEWIRA dalam pertandingan ini. Diikuti dengan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua), nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Keunikan yang ditonjolkan membuatkan ramai terhibur dengan persembahan mereka. Ditambah dengan kelantangan dan keseragaman ahli kumpulan ketika membuat persembahan.

 

Artikel lain:

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat...Allahuakbar

Luahan hati ibu murid tular kerana pandai bersolek..ini coretan khas buat netizen

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri...idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini

'Rumah mama dekat kubur, senang nak ziarah'- 2 beradik yatim piatu pilih tinggal dengan ibu saudara