Suatu ketika dahulu, kecoh seketika tentang tugasan guru yang dikatakan tugas ringan, tengah hari dah boleh balik rumah, cuti pula memang banyak. Tidak lama selepas itu, mendapat lontaran balas daripada warga pendidik mengatakan tugasan mereka tidak berakhir di sekolah, malah ketika di rumah dan hari minggu dengan aktiviti sekolah.

Isu golongan pendidik ini tidak pernah terhenti. Ada sahaja yang boleh dijadikan isu. Namun, admin suka juga isu warga pendidik hari ini yang dikatakan semakin cun, kacak, menjaga penampilan dan pandai bergaya. Nampaknya, semakin bertambah semangatlah pelajar nak ke sekolah.

Kelmarin, anak admin pesan supaya lebihkan RM1 daripada wang sakunya. Katanya, cikgu minta sempena hari persaraan seorang guru dan murid diminta membelikan seorang satu hadiah untuk diberikan kepada guru yang bersara tersebut. Admin tanpa bersoal jawab banyak, tunaikan sahaja hasrat si anak. Apalah sangat RM1 dan sekotak hadiah berbanding dengan nilai jasa dan pengorbanan seorang guru.

Kebetulan, admin ternampak satu ‘post’ yang relevan sangat dengan permintaan anak admin ni. Tentang guru bersara dan derma RM1. Ikuti status terkini Izman Pauzi di facebook miliknya dengan sedikit olahan.

 

_______________________________________________________________________________

Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00

Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluah rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 seorang murid bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.

"Sekolah ni ingat ibu bapa ni cop duit ke? Dahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan. Ni cikgu nak bersara pun, anak murid kena bagi duit untuk bagi hadiah. Cikgu ni sesak sangat ke?” luahnya kasar.

Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang saya suap ke mulut. Saya tidak jadi memakannya.

" Yelah, anak aku pun sama. Semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara tu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi ekstra RM3 semalam,” balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.

"Kau tau tak, anak aku cerita, tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah... semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa hari guru tu, cikgu tu dapat 'hand bag' mahal! Pastu, dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara", jelas saya lagi.

"Apa kerja cikgu ni? Dahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!” kata sahabat saya sambil mengetuk meja. Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.

"Kau tau kan... seorang murid wajib bagi RM1.00, kalau 500 murid dah RM500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya,” kata saya lagi. Dia mengangguk lagi sambil makan dengan asyik sekali.

"Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itu pun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit,” kata saya. Dia mempersoalkan  kata-kata saya yang dianggap kurang waras.

"Begini... dalam 365 hari setahun, hanya Ahad saja anak-anak kita ‘full time’ di rumah. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Yalah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi.  Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat... semua kita ‘sub-contract’ pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar tu pun tak memadai untuk jasa cikgu tu."

“Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi pengerusi PIBG yang baru. Aku dapat kuasa nanti, aku wajibkan semua pelajar 'start' masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru. Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk ‘sponsor’, tapi baik minta dengan murid untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka tu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru ini,” kata saya panjang lebar.

Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Aduhai, cakap benda betul pun dah sentap.

__________________________________________________________________

 

Pandangan orang berbeza-beza. Antara komen-komen netizen pagi ini;

> adoiii stakat rm1 ja pon nk bangding dgn ketingat cg yg mgajar...apa lah sgt...adoiii mentalitty letak kpala lutut sguh..dr nk bangding beli jajan kt anak tu lg trk oky..lg trk ko yg isap rokok blh beli sbatang rm1 utk hembus lepas n wat penyakit ja... sengal

>Terbaikk!! haha Actually, x dapat bag mahal pun xpe lah.. Kalau dapat parents yg baik, yg menerapkan akhlak yg baik juga pada anak2, yg hormat pada guru dan ada knowledge ttg keberkatan ilmu, itu pun dah kira hadiah termahal utk guru2. Akhlak starts at home, kalau parents sengal, xyah lah nak marah sgt kat cikgu sbb x dpt nak bentuk akhlak anak2 ..

>ya Allah..terima kasih izman..jasa guru tak dpt dibalas. guru adalah ibu bapa kedua bagi anak anak. tak berkat ilmu kalau tak menghormati guru. hormati guru kerana dia mengajar anak kita.

 

Lagi komen;

>moral of the story hidup jangan terlalu berkira tapi bagi orang susah satu ringgit pon sangat bermakna if x mampu menderma dengan duit sekurangnya kita tidak lekang menyebut ia dalam doa kita.. 

maaf cakap sebab masa d perantauan dulu cuma hidup dengan rm20-40/minggu sampai satu tahap berjalan d kedai makan dg poket kosong or duit siling yg x cukup nk bli makan maka ambik bau pon dah nikmat.... 

tp mak pok hok kaya tu jangan laa bekira sangt ketuk kpala karang... the more u give the more u get... tiada yg mustahil dg izin Allah maka beri lah bahagian itu sama ada dlm keadaan kita susah mahupon senang...

 

 
Ada juga netizen yang komen begini;

>Kutip xsalah,tp xprlula jdkan sedekah wajib


>Sapa yg rasa nk derma,pasti dia akn derma tanpa paksaan

 

 

FB: Izman Pauzi