“Tangga sekolah jika ‘diconteng’ akan nampak lebih cantik. Murid-muridpun akan rasa seronok dan ia menenangkan…”

Lukisan dan contengan kreatif menggunakan cat yang dihasilkan oleh empat guru di tangga Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, Johor ini telah menghasilkan mural yang luar biasa. Bukan satu tangga, tetapi dua tangga di dataran sekolah yang perlu disiapkan, hasilnya… lukisan air terjun dan ikan yang berenang-renang nampak seolah-olah hidup dan segar di pandangan mata.

Lukisan kreatif Cikgu Mohd Norazam Aman, Cikgu Halimatus Saadiah Aiap, Cikgu Fadilla Sogimin dan Cikgu Siti Zubaidah Bachok telah mendapat pujian ramai, terutamanya warganet.

Perkongsiannya di Grup TcherCollection telah mendapat 4,100 tanda suka, 466 komen, dan 181 perkongsian setakat ini. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan teruja dengan hasilnya.

Menurut, Guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual, Cikgu Mohd Norazam Aman atau lebih senang dengan panggilan Cikgu Azam, konsep air terjun dipilih kerana bersesuaian dengan program 3K ( Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang dianjurkan, selain dapat mewujudkan suasana tenang dan ceria.

Ia sangat signifikan dengan keadaan murid pendidikan khas sekolah ini yang rata-ratanya memerlukan terapi dan ketenangan. Selain bermasalah pembelajaran, terdapat juga murid yang bermasalah penglihatan dan juga pendengaran di sekolah tersebut. Sekurang-kurangnya, dengan penghasilan mural ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan yang menenangkan dan luar biasa kepada mereka.

“Selain kami, ada juga guru lain yang datang membantu menyiapkan mural ini. Malah, Pengetua dan Guru Penolong Kanan juga memberikan sokongan penuh, usaha yang kami jalankan. Termasuk berusaha mencari dana untuk membeli peralatan dan cat jenis exterior atau epoxy.

“Alhamdulillah sejak mural ini dihasilkan, ada juga dalam kalangan ahli keluarga rakan guru, kanak-kanak dan murid telah datang mengambil gambar di sini. Mereka teruja dengan kelainan dan lukisan yang mural yang dihasiilkan,”katanya kepada GPSBestari.

Artikel Menarik:

Walau terpaksa tahan sakit, ditahan lapan hari di wad… guru ini tetap tanda kertas

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

Orang luar seronok naik bot, tapi kami di sini sengsara' - Ini luahan Orang Asli