DIKURNIAKAN anak yang cemerlang dalam pelajaran merupakan impian setiap ibu bapa. Apatah lagi, setiap kali peperiksaan, hanya keputusan A yang diperoleh.

Melihatkan slip peperiksaan yang tertera keputusan 11A di tangan, hati terasa takjub. Apakah rahsia di sebalik kecemerlangan pelajar ini?

Inilah yang ingin dikongsi oleh guru yang hanya di kenali sebagai Ummu Al Fateh. Berpeluang bertemu dengan ibu kepada pelajar cemerlang aliran sains tulen ini, tidak dilepaskan begitu sahaja.

Pelbagai pertanyaan yang diaju, ibu bertuah itu hanya mengukirkan senyuman. Lalu berkongsi kisah menarik di sebalik kejayaan yang diperoleh anaknya.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa lain.

+++

Sis beruntung hari ni sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini, pelajar lelaki Melayu. Pada saat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen. Alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

So sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tip maknya ye memandangkan semua anak-anaknya,  4 orang berjaya (ini yang bongsu):

1)Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing.. semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Reason:duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.

2)Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk di meja makan.

3)Pukul 10 masuk tidur,

4)Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan. Hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5)Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6)Ayahnya serius tapi baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak, yang dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm kereta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dapat intview sekali).

7)Kena mula dari darjah 1, pukul 8 malam terus duduk di meja. So dah terbiasa. Bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak otomatik pegang buku jam 8 malam.

8)Tak pernah pergi tusyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai di sekolah.

Sis tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone? Internet?  Maknya jawab. Ya bagi cikgu..petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat, saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat last sekali maknya memang power:

“Cikgu,apa-apa pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk...oooo..betul-betul...terima kasih puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya..humble ibunya, no wonder anaknya sangat menghormati guru

#hariterbuka

#cikgupunadaanak

Semoga bermanfaat

Sumber: Ummu Al Fateh

***

Menarik lainnya di GPSBestari

‘Cikgu, saya daftar guna duit seringgit boleh’- Guru ini kongsi kisah sedih pelajar bayar yuran - https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/cikgu-saya-daftar-guna-duit-seringgit-boleh-guru-ini-kongsi-kisah-sedih-pelajar-bayar-yuran-1.922145

Dia pelajar terbaik, selalu terima anugerah pelajaran tapi..- ini luahan anak yang kini doktor - https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/dia-pelajar-terbaik-selalu-terima-anugerah-pelajaran-tapi-ini-luahan-anak-yang-kini-doktor-1.922332

Ini bukan di India tapi di Malaysia.. gigihnya guru yang mengajar di sini - https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/ini-bukan-di-india-tapi-di-malaysia-gigihnya-guru-yang-mengajar-di-sini-1.922033