Masalah pendidikan yang sama

SOCIAL event untuk hari nih di #CERN adalah main tukar-tukar hadiah.

Tapi bukan yang tu abam nak cerita. Nak cerita pasal kesamaan antara negara-negara nih bila kita kongsi pasal isu pendidikan.

Hampir semua akan sebut,

1. Budak mereka semakin tak minat Sains

2. Guru kurang semangat sebab rasa tak dihargai

3. Ramai guru dalam comfort zone

4. Banyak sangat tukar kurikulum sana sini

5. Nak ubah dari teacher centred kepada lebih student centred

6. Guru susah nak collaborate antara satu sama lain

7. Murid tak bersungguh belajar

8. Bla bla bla

Pendek kata, isunya sama saja kat negara mana pun, termasuk yang maju. Malah saya rasa bersyukur, sebab pendidikan kita tak lah teruk sangat macam yang diperkatakan sesetengah orang tuh.

Banyak jugak yang kita mendahului, atau pun sekurangnya dah sama par dengan negara hebat lain!

Dan kami juga sepakat bahawa perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kepada sistem #pendidikan tu adalah PERLU.

Nak jadi rentan kepada perubahan tu kena jadi guru yang DINAMIK. Kena sentiasa bergerak, berubah, boleh ubah dan boleh diubah.

Kemudian terus saya bertanya kat diri sendiri, kita guru yang mana satu? @ Centre Européen De Recherches Nucléaires

Sumber: Facebook Norhailmi Abdul Mutalib

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)

Hari keenam: Cikgu Hailmi terpegun dengan kecanggihan teknologi di CERN (5 foto)

Hari ketujuh: Cikgu Hailmi berpeluang nikmati makanan tradisi Swiss, Cheese Fondue (2 foto)

Hari kesembilan: Makin mencabar buat Cikgu Hailmi (5 foto)