BIAR pun sesi persekolahan sesi 2019 makin ke penghujung, namun kehadiran murid-murid atau anak-anak makin merosot.

Ini diakui sendiri oleh guru Bahasa Melayu Tahun Dua, Cikgu Nor Faisal Ishak dari SK Batu Unjur Klang.

Menurutnya, anak-anak tetap perlu datang ke sekolah biar pun sesi PdP mungkin tidak berlaku.

"Kenapa anak anda perlu datang?

"Ini saya kongsikan empat sebabnya," kata Cikgu Nor Faisal menerusi facebook Pe Chey.

1. Sesi penyerahan/pengambilan buku teks biasanya diadakan. Jika anak anda tidak menyerahkan kembali buku teks, kemungkinan awal tahun depan anda baru kelam kabut bertanyakan tentang buku itu. Itu sangat menyusahkan guru.

2. Akan diadakan majlis "Hari Anugerah Kecemerlangan” akademik. Andailah, anak anda berjaya menggondol anugerah, namun dah seminggu tidak hadir sekolah, pastinya sukar untuk guru berhubung untuk memastikan anak anda datang pada hari sepatutnya.

3. Kedudukan kelas tahun hadapan. Ini persoalan biasa yang guru kena tanya pada hari pertama persekolahan. Anak saya kelas mana ye cikgu. Mana nak tahu jika hujung tahun terus tak datang sekolah. Sungguh, memang wujud situasi ini.

4. Biasanya, guru akan mengadakan jamuan kelas. Besarlah harapan para guru agar semua anak didiknya hadir untuk makan dan bergembira bersama-sama. Bukan soal apa makanan, tapi lebih utama, rasa ukhwah dan nilai sentimental antara guru dan murid yang akan berpisah dek mereka akan naik ke tahun yang berbeza tahun hadapan.

Cukuplah empat sebab kenapa anak anda perlu juga datang sekolah di penghujung sesi tahun ini.

Sumber: Facebook Pe Chey

Artikel Menarik:

Guru ini naik angin bila murid hulur baldi merah padanya...rupa-rupanya baldi itu ada catatan rindu

‘Ingatkan sakit biasa, tak sangka pula ini yang berlaku…’- Kisah guru hidap sakit saraf undang sebak

Demi anak murid, guru wanita sanggup redah lumpur hingga terbalik

'Segala-galanya bermula selepas keputusan SPM' - Kisah pahit Mohd Ridzuan sebelum bergelar pendidik