RAMAI pelajar lepasan SPM yang masih keliru untuk memilih arah tuju selepas SPM. Kalau salah pilih nanti menyesal pula.

Jadi harini cikgu nak kongsikan sedikit ilmu supaya pelajar lepasan SPM dapat idea untuk membuat pilihan.

STPM / DIPLOMA / MATRIK? Mana satu ye?

 

Pertama

Pertama sekali kena tanya diri dulu..nak jadi apa 5 tahun akan datang..kalau dah tahu hala tuju masa depan nak kerja dalam bidang apa, boleh ambil DIPLOMA.

Pilih Diploma yang berkaitan dengan bidang kerja yang kita target tu.Contoh Diploma Civil Engineering.

Nanti Degree pon ambik kos yang sama dangan kos Diploma, so boleh potong kredit untuk Degree nanti (Degree 4 tahun jadi 2 tahun setengah + Diploma 3 tahun total 5 tahun setenagh

Kedua

Kalau  masih tak tahu hala tuju boleh ambil STPM atau MATRIK. Nanti bila nak masuk Degree baru buat pilihan nak masuk bidang apa.

Cuma kalau nak bidang Sains dan Engineering kena ambil STPM aliran Sains. Kalau Sastera hanya boleh mohon bidang yang berkaitan.

Dari segi tempoh pengajian pula, bagi STPM 1 tahun setengah + Degree 4 tahun jumlah pengajian jadi 5 tahun setengah.

Kalau MATRIK pula 1 tahun + Degree 4 tahun total akan jadi 5 tahun.

Kesimpulan, Matrik akan jimat setengah tahun.. manakala STPM dan DIPLOMA akan rugi setengah tahun..cuma untung bila ambik Diploma peluang kerja lebih luas.. memang STPM atau MATRIK juga blh guna untuk mohon kerja tapi peluang untuk dapat kerja guna Diploma lebih tinggi sebab Diploma dan ada bidang yang khusus bagi sesuatu pekerjaan.

Jadi majikan lebih yakin untuk ambil lepasan Diploma untuk bekerja.

Kalau sektor kerajaan juga rate gaji untuk Gred 29 bangi yang ada Diploma akan lebih tinggi berbanding STPM atau Matrik

 

Ketiga

Dari segi kos pengajian pula, Diploma memakan kos yang agak tinggi berbanding STPM atau MATRIK.

Biasanya pelajar yang mengambil diploma akan membuat pinjaman pelajaran (PTPTN/ YAYASAN NEGERI/ MARA dan lain2) untuk menampung kos pengajian dan sara hidup sepanjang tempoh pengajian..

Berbanding STPM hanya memakan kos yang rendah kerana hanya memerlukan kos harian seperti kos semasa bersekolah. Tidak memerlukan mana-mana pinjaman pelajaran.

Manakala MATRIK pula juga tidak memerlukan pelajar membuat pinjaman kerana telah diberi elaun setiap semester.

Untuk Diploma kalau tak nak buat pinjaman, boleh mohon biasiswa.. tapi pastikan keputusan SPM tu agak bagus.

Kalau keputusan SPM tidak layak, belajar betul-betul supaya boleh dapat pointer tinggi semasa semester 1 - 3.. Paling kurang 3.50 dan ke atas. Masa semester ke 3 boleh mohon biasiswa JPA guna keputusan sem 1-3 Diploma.

Jadi fikirkan yang TERBAIK, jika masih tidak tahu hala tuju nak bidang apa dan tidak mahu dibebani hutang ambillah STPM @ MATRIK..tapi jika inginkan peluang kerjaya yang luas ambillah Diploma dan jika layak mohonlah biasiswa.

Itu sahaja perkongsian dari cikgu.. semoga para pelajar dapat membuat keputusan terbaik untuk masa depan anda.

Cikgu doakan kamu semua berjaya capai cita-cita yang diimpikan.

 

 

 

- Cikgu Lia -

PUSAT TUISYEN REVOLUSI IQ CEMERLANG (Ulu Tiram Johor)

#spm2019

#PTRevIQ

#halatujulepasSPM