Hari Guru 16 Mei, merupakan tarikh istimewa untuk semua warga pendidik. Saban tahun, guru akan diraikan bagi mengenang jasa mereka yang telah banyak menyumbang ilmu kepada masyarakat.

Selain guru, muridlah insan paling gembira menantikan tarikh itu. Beberapa hari awal, ibu bapa sudah pun diingatkan oleh anak masing-masing, untuk membeli hadiah dan kad ucapan. Tidak terkecuali, pelakon cilik serba boleh, adik Putri Qaseh.

Menerusi entri yang dikongsi oleh Cikgu Iznan di facebooknya Encik Nan, pendidik SK Pandan Indah, Ampang ini sangat teruja menerima hadiah istimewa daripada Putri Qaseh.

Katanya ‘Bukan selalu pelakon (artis) bagi hadiah.’

Tapi, sebenarnya Cikgu Nan ni bukanlah guru biasa-biasa. Cikgu Iznan ni rupanya seorang pelakon sekitar tahun 2003 - 2007. Cuma sekarang, disebabkan keterbatasan waktu, tidak membolehkan Cikgu Iznan aktif berlakon macam dulu-dulu.

Ikuti perkongsian lanjut Cikgu Iznan bersama pelakon cilik filem ROH ini.

***

05 Mei 2019. 29 Syaaban 1440. Ahad.

Bukan selalu pelakon (artis) bagi hadiah.

Terima kasih adik Putri Qaseh kerana memilih pakcik untuk terima hadiah Hari Guru.

Anak didik tahun 5 tempat kerja pakcik.

Seorang pelakon yang cukup hebat dan berpengalaman.

Filem lakonan terbaharu beliau bakal ditayangkan di pawagam; RoH. Pakcik mungkin tidak akan tonton filem tersebut di wayang.

Dalam hidup pakcik, sekali sahaja pakcik pernah tonton filem bergenre seram di panggung wayang. 90% mata pakcik terkatup sepanjang filem tersebut.

Apa-apa pun.

Ramadhan menjelang Syawal tahun ini. Tunggu tayangan iklan Hari Raya beliau dan pakcik.

Tidak.

Kami tidak berlakon bersama dalam satu iklan. Iklan Hari Raya berbeza. Belum ada peluang berlakon bersama.

Hebat Cikgu Iznan, terpaksa tolak tawaran berlakon