Setiap guru pasti ada cara masing-masing dalam menghabiskan sukatan pelajaran (silibus) subjek yang diajar.

Ada guru yang berjaya mengajar semua topik dalam masa yang singkat dan ada juga  yang berhadapan masalah dan hanya dapat menghabiskan silibus sebelum peperiksaan akhir tahun.

Bagi Cikgu Samsuri Amin dari Sekolah Menengah Sains Labuan, beliau ada kisah menarik disebalik perkara ‘sukatan pelajaran’ ini.

“Saya juga seperti cikgu-cikgu lain. Pernah berhadapan dengan situasi ‘mengejar silibus’ tanpa memikirkan pelajar faham atau tidak.

“Dek perkara tersebut, saya lupa bahawa apa yang saya lakukan ini kurang berkesan,” katanya.

Sebagai perkongsian buat semua, Cikgu Samsuri tampil dengan kisah ‘Pulun Sukatan Pelajaran’.

Moga kisah ini, dapat dijadikan panduan buat guru-guru Sejarah seluruh Malaysia.  

***

Pulun Sukatan Pelajaran

Dulu aku jenis pulun atau kejar sukatan pelajaran.

Pernah seawal bulan Mei aku dah habis silibus Sejarah Tingkatan Lima.

Mengajar syok sendiri. Pelajar faham atau tidak aku pun tak tahu. Janji silibus habis.

Kononnya lepas habis silibus boleh pulun modul latih tubi pula.

Aku guna strategi ini beberapa tahun. Selama itu juga keputusan Sejarah SPM jatuh.

Ubah strategi semula. Kali ini aku ikut kemampuan pelajar.

Akhirnya subjek aku antara yang terakhir habis sukatan pelajaran antara subjek-subjek lain.

Akhir bulan 7 baru habis silibus. Mula-mula cuak juga sebab orang lain dah habis silibus awal lagi.

Mulai dari itu, aku belajar sesuatu. Utamakan KUALITI pemahaman dan penguasaan pelajar. Bila mereka KUASAI topik dengan baik dapat memudahkan mereka semasa mengulangkaji dan sangat membantu ketika peperiksaan SPM.

Ini adalah salah satu strategi yang aku guna untuk bantu pelajar skor CEMERLANG dalam SPM. Impaknya daripada hanya 6 orang A+ SPM 2017 telah berjaya melonjak kepada 45 orang A+ SPM 2018 (jumlah pelajar 63 orang).

Terdahulu, Cikgu Samsuri merupakan Guru Cemerlang Sejarah SPM dan berpengalaman sebagai guru lebih 18 tahun.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) pengkhususan Sejarah dari Universiti Sains Malaysia.

Selain bergelar pendidik, beliau juga menjadi penceramah seminar dan bengkel Smart Study dan Teknik Menjawab Sejarah SPM dari tahun 2008 hingga kini.

Pencapaian tertinggi Cikgu Samsuri setakat ini adalah merangkul Anugerah Platinum Sempena HKSBP KPM (GPMP Bawah 1.0) dan Anugerah Khas 100% A (A+, A dan A-) pada tahun 2018.

Sebelum ini, GPS Bestari pernah menyiarkan artikel beliau bertajuk Koleksi topik target Sejarah SPM 2020, Cikgu Samsuri mohon calon hadamkan!

Artikel tersebut mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan guru dan calon-calon SPM 2020 untuk mereka jadikan sebagai bahan rujukan sebelum peperiksaan bermula, 22 Februari ini.

Artikel menarik

5 tip yang perlu guru-guru hadam berkaitan inovasi, ini maklumat yang dikongsi Cikgu Siti Zubaidah

10 soalan berkaitan ternakan ikan keli, Dr Khalidah beri pandangan hingga ramai teruja nak usahakan

Kriteria kenaikan pangkat pensyarah, Naib Canselor UMT beri penjelasan sebenar