1,228 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25,742 kes.

Sabah kekal mencatat negeri dengan kes baru paling banyak dengan 889 kes, iaitu 72.4 peratus daripada kes baru semalam.

Allahuakbar...

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Batu Unjur Klang, Cikgu Nor Faisal Ishak membuat luahan ikhlas berkenaan kenaikan kes Covid-19 di laman facebooknya.

"Andai nyawa ini diambil tuhan cikgu, andai nafas ini terhenti kerana dijangkiti, saya puas kerana dah berjuang bersama rakan-rakan di barisan hadapan. Kami pertaruhkan nyawa."

Ikuti luahan hati Cikgu Nor Faisal atau lebih dikenali Cikgu Pe Chey berkenaan perkara berkenaan.  

**********

Sambil aku baring atas sofa buruk di depan rumah merenung langit yang menguning, aku membayangkan mereka yang kini bertungkus-lumus di setiap hospital yang makin sesak dengan peningkatan kes Covid.

Mereka penat, mereka lapar, mereka basah kuyup dengan peluh yang memenuhi sarung tangan, mereka lupa pada masalah rumah, mereka mungkin terkejar mendirikan solat.

Suatu masa pastinya mereka akan burn out.

Ramai mungkin tidak tahu, kebanyakan mereka kini, bertugas double shift untuk cover kekurangan tenaga kerja yang semakin terpaksa dikuaratinkan. Mereka lelah.

Allahuakbar.

Ada pula karenah pesakit yang degil, menipu, tidak dengar kata dan pelbagai alasan yang makin menyusahkan petugas. Inilah antara penyumbang angka yang tertera hari ini.

Semalam, aku dapat mesej,

"Cikgu, saya ada masukkan duit sikit. Saya baru dapat duit overtime. Mohon cikgu belikan untuk asnaf apa juga keperluan yang perlu. Mohon doakan saya dan rakan-rakan di medan pertempuran ini yang makin penat melawan musuh yang tak nampak. Kami penat sangat cikgu, sungguh. Airmata mengalir tak sedar."

Aku terdiam. Bagaimana, seorang frontlines yang bergaji hanya 2000 sebulan, masih ingat akan mereka lain yang di luar sana yang memerlukan.

Biar dia sedang teruk bertarung di medan perang, masih juga sempat dia menghulurkan sesuatu untuk diberikan kepada sesiapa memerlukan.

"Andai nyawa ini diambil tuhan cikgu, andai nafas ini terhenti kerana dijangkiti, saya puas kerana dah berjuang bersama rakan-rakan di barisan hadapan. Kami pertaruhkan nyawa."

Terpempan aku usai baca luahannya.

Sebak, aku menangis. Airmata jantan aku kalah. Bukan kerana aku ini bapuk, tapi dek kerana mengenangkan anak-anaknya enam orang di rumah terbiar kerana suaminya juga seorang frontliners. Keduanya adalah pejuang negara.

Kalian yang baca, sedarlah, ini bukan cerita kosong yang direka. Inilah kisah benar disebalik kekalutan yang berlaku sekarang.

Andai kalian masih merasakan bagai tiada apa yang berlaku, kalian silap. Covid kini berada di mana-mana. Kita sahaja yang tak nampak.

Ingat! Covid dah ada di mana-mana!

Sumber: Facebook Pe Chey

Artikel menarik

Tangani Covid-19 bersama, senjata kita adalah doa...

Guru mula menggunakan Google Classroom sepanjang PKPB ini. Apa manfaatnya? Ikuti perkongsian ini