"SUDAH memang tanggungjawab saya sebagai guru untuk bantu anak murid sekadar termampu.

Demikian kata Guru Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM) SK Putrajaya Presint 8(3), Mohamad Iqbal Kamudin yang tular di media sosial membantu anak muridnya kerana tidak hadir ke sekolah sejak dua minggu lalu kerana tiada pengangkutan.

Menurutnya, beliau memang macam biasa akan memuat naik di Facebook miliknya secara peribadi kehidupannya dan murid-murid.

"Saya tak sangka pula sampai viral macam ini.

"Keputusan itu spontan selepas ibu murid tu kata tak ada 'transport' nak hantar anak. Lagi pun saya sebagai PK HEM, saya kena bantu murid sebaik mungkin supaya tak ketinggalan dalam pendidikan," katanya kepada GPS Bestari.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Mak balik malam, ayah pula pergi kerja' - Cikgu Mohamad Iqbal sanggup bantu murid ke sekolah]

Katanya, beliau terpaksa ambil tindakan terbaik agar murid ini tidak keciciran pelajaran.

"Jarak rumah murid tersebut dari sekolah lebih kurang 6 KM.

"Lagipun sekolah kami SK Putrajaya Presint 8(3) baru buka tahun ini.. menumpang di bangunan SMK Putrajaya Presint 11(2)," jelas beliau.

Cikgu Mohamad Iqbal berkata murid tersebut juga seronok dan tersenyum apabila dapat ke sekolah.

"Lagipun dulu saya biasa susah.. Jadi saya faham erti kesusahan.. macam mana nak cari duit.. macam mana nak sara anak-anak makan pakai," katanya.

Artikel menarik:

'Ayah meninggal kat rumah pengasuh...' - jawapan murid Tahun Satu buat cikgu pening

Ulang alik 340 km sehari, pernah bertembung haiwan liar namun demi anak bangsa, guru ini cekal

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020