SEORANG guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gunong Senyum, Temerloh, Pahang menulis sedikit perkongsian menerusi facebooknya, tentang murid Tahun Enam, Putera Badrul Amin Ulumuddin.

Dalam catatan bertarikh 24 April 2019, Cikgu Rohizan Ya memuji sikap Putera Badrul Amin yang cukup menjaga waktu solat dhuha.

"Biasanya dia akan solat dhuha di awal pagi. Jika tak sempat, dia akan solat pada waktu rehat.

"Sememangnya Putera Badrul Amin menjadikan solat dhuha ini sebagai amalannya setiap hari," katanya kepada GPSBestari.

Ikuti Apa Kata Cikgu Rohizan mengenai muridnya itu.

**********

Gambar ni saya ambil secara sembunyi sembunyi...

Ceritanya begini. Satu hari sekolah kecil ku ada majlis. Maka sibuk lah para guru dan murid berada di dewan sekolah. Dan pada masa yang sama saya menerima panggilan penting. Nak cakap dalam dewan punya lah bising tak dengar, lalu saya keluar dan cari tempat yang boleh ada line yang jelas.. Maklumlah kat sini, kawasan kampung, payah nak dapat line.

Lepas habis bercakap, terdengar sayup-sayup suara kecil membaca ayat-ayat suci.

Tertanya-tanya plak, eh siapa plak ni. Semua murid ada dalam dewan.

Lalu ku buka pintu belakang, dan masuk secara perlahan-lahan dan selak tirai. Allah, si dia rupanya, sedang solat dhuha.

Seorang murid yang tidak banyak cakap, berhemah dengan guru dan suka tersenyum. Ohhh, malunya aku. Aku ni pun tak sepertinya. Alhamdulillah sehingga ke hari ini amalan solat dhuhanya tak pernah tinggal. Makin ramai kawan-kawan yang ikut beliau solat. Ya Allah moga tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan mu. Amin

Beliau yang dimaksudkan yang berbaju T-shirt hijau sebelah kanan sekali

Sumber: Facebook Rohizan Ya

ARTIKEL MENARIK:

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi\

Patutlah guru-guru ini terima Anugerah Guru Adiwira...rupa-rupanya ini cerita mereka

'Hilang mak, ayah dan adik sekelip mata', ini luahan rindu Cikgu Norashikin terhadap insan tersayang

'Cikgu, saya ada dua ringgit, ambillah seringgit beri pada dia' - guru sebak bila kenang murid 1D

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat...Allahuakbar