Guru Matematik, dari Rohingya Education Centre Klang, di bawah seliaan NGO Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC),  Cikgu Nafis Adam Shafie rasa terharu apabila mendapat kejutan hari lahir dari sebahagian murid Tahun Enam dan Tahun Lima pada 9 Februari lalu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Grafik & Multimedia, Fakulti Komputer, Universiti Malaysia Pahang ini tidak menyangka mereka akan meraikan hari lahir saya.

“Mereka mengumpul duit bermula bulan Januari sebab kebanyakan mereka ini miskin, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

“Setiap orang perlu sediakan RM10 seorang dengan cara mengumpul dan menjual tin, itu yang membuatkan saya sebak dan terharu, ”katanya.

Menurut Cikgu Nafis atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Adam, kesemua muridnya itu sanggup buat apa sahaja asalkan Hari lahir cikgu disambut dengan meriah.

“Mereka bukan berduit pun, tapi demi seorang guru, mereka sanggup bersusah payah untuk membeli kek yang paling mahal untuk saya.

“Lebih istimewa, ada di antaranya memberi barangan kesayangan mereka kepada saya sebagai hadiah ”katanya.

Keistimewaan mereka itu adalah, mereka sangat memandang tinggi dengan pendidikan.

Mereka juga yakin, suatu hari nanti mereka akan dapat mengubah nasib etnik Rohingya dan balik semula ke Burma.

Walaupun ambil masa bertahun-tahun, mereka masih nak belajar dan sebahagian besar rakan sebaya mereka mengambil keputusan untuk bekerja.

Artikel berkaitan:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi