PENGUMUMAN keputusan peperiksaan bagi UPSR sudah pun berlalu. Ketika ini, tentu masih ada dalam kalangan murid-murid dan juga ibu bapa yang gembira dengan keputusan anak mereka.

Tidak terkecuali juga, masih ada ibu ayah yang bersedih kerana anak-anak tidak memperoleh keputusan yang diimpikan.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang, Cikgu Norashikin Mat Zin yang juga seorang ibu menasihatkan agar mak ayah tidak lagi bermuram dengan result UPSR anak-anak.

"Mungkin bukan rezeki anak-anak kita untuk mendapat apa yang kita hajatkan.

"Perjalanan mereka masih panjang dan doakan agar anak-anak terus berjaya di dunia dan di akhirat," katanya kepada GPS Bestari.

Sebagai seorang ibu, Cikgu Norashikin melahirkan rasa penghargaannya kepada guru-guru di luar sana, yang telah banyak mendidik anak-anak sehingga berjaya.

"Semua cikgu ada cerita sendiri di sebaliknya. Hargailah guru walau apa pun yang berlaku. Mereka sudah buat sehabis baik untuk anak-anak didiknya," luah Cikgu Norashikin.

Ikuti perkongsian beliau.

**********

Mama menulis.

Ada orang kata muka kami potostat

Mek Dini..

Semalam last dah tugas sebagai emcee. Macam-macam event dah jadi emcee. Macam-macam aktiviti dah kakak join untuk state level. I’m proud of u dear. Alhamdulillah.

Result tu takpe...Mama redha dan mama tau Dini boleh pergi lebih jauh.

Banyak lagi boleh explore.

Terima kasih cikgu-cikgu yang bertungkus lumus menjadikan Nur Dini Faqihah dari Pra sampai ke Tahun Enam. Cikgu-cikgu yang menjadikan anak ini ada 1001 cerita di sebaliknya.

Dalam kepayahan...

Ada anak kecil yang masih baby menanti di rumah

Dalam kepayahan...

Ada anak istimewa menanti di rumah

Dalam kepayahan...

Mengurus anak-anak sendiri yang juga perlukan perhatian...(mandi, makan, rehat semua di sekolah)

Dalam kepayahan...

Hampir waktu exam...anak demam dan di kuarantinkan

Dalam kepayahan...

Ada yang pengasuh tak dapat jaga, angkut ke sekolah

Dalam kepayahan...

Menjaga suami yang sakit dan anak yang masih kecil

Dalam kepayahan...

Keadaan kesihatan diri tidak mengizinkan tapi masih gagah ke sekolah

Dalam kepayahan...

Ibu dan ayah pergi sekelip mata

Allahuakbar

Innalillah

Dalam kepayahan...

Sarat mengandung tanpa suami di sisi

Menguruskan anak sulung yang masih kecil seorang diri

Dalam kepayahan...

Tugas-tugas pentadbiran perlu diambil cakna

Dalam masa yang sama

Otak berputar ligat memikir strategi terbaik untuk anak-anak didik

Dalam kepayahan...

Mengajar dan belajar di hujung minggu

Dalam kepayahan...

100km-+ pergi balik tetap diharungi

Dalam kepayahan...

Musibah datang tanpa diduga

Ditanggung sendiri

Hanya Allah tempat mengadu segala rahsia hati

Dalam lena diulit intan

Eh! Lena diulit mimpi

Dikejutkan dengan ketukan pelajar asrama yang memerlukan rawatan kecemasan

Bergegas ke klinik pula

Dalam 1001 kepayahan

Masih gigih mencurah ilmu

Tanpa lelah dan jemu

Betapa banyak pengorbanan, kasih sayang, air mata, wang ringgit, tenaga dan masa yang dicurahkan. Allahuakbar

Tak terkira

Hargailah jasa guru-gurumu sayang

Setinggi mana pun kakak pergi jangan lupa rumput di bumi

Terima kasih cikgu-cikgu.

Tempatkanlah insan-insan ini di tempatmu yang tertinggi Ya Allah...Tiada daya untuk membalas segala jasa dan budi baik mereka

Aminn yaa rabb.

Terima kasih cikgu

Dari ibu untuk cikgu

Sumber: Facebook Norashikin Zin

(Situasi yang berlaku adalah situasi sebenar guru-guru di SK Kuala Medang. Alhamdulillah dalam pelbagai ujian, keputusan UPSR sekolah itu tetap cemerlang).

Artikel Menarik:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Persediaan Matematik Tahun Enam 2020 - Pesanan penting guru ini 'kena mula dari sekarang'

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Tidak layak ke sekolah berasrama penuh, bukan gelap masa depan' - Penulis ini kongsi pengalaman