SAYA amat terkesan bila membaca perkongsian Cikgu Farazi.

Tanpa sedari, mengalir juga air mata bila membaca ucapan penghargaan bekas muridnya yang pernah menerima hukuman, kini berjaya menjadi anggota polis. Malah bekas muridnya mencarinya untuk memberi tahu kejayaannya serta mengucapkan terima kasih.

Inilah impian kami guru-guru inginkan. Bukan sekadar mahu anak murid cemerlang tetapi mahu anak murid MENJADI.

Kemenjadian ini diterjemahkan dengan ucapan terima kasih kepada guru. Membaca perbualan dalam whatsapp antara Cikgu Farazi dan bekas pelajarnya mampu mengalirkan air mata.

Hakikatnya guru-guru itu marahnya bersebab. Dalam hati mereka tetap mendoakan kejayaan anak-anak didik supaya berjaya.

Tahniah Cikgu Farazi.

Berikut kisah Cikgu Farazi dalam perkongsiannya di FB.

Kisah seorang cikgu ‘jahat’ dan mulut celupar macam aku.

Semalam aku terima whatapps dari seorang ex student SMK Pitas ii, Hanafi namanya, aku tak tau dari mana dia dapat nombor aku. Dia buat aku jadi sebak dan sedikit bersemangat.

Hanafi kini bergelar anggota polis.

Dia ni dulu budak kelas paling belakang, hardcore, gaduh dan pukul menjadi mainan dalam hidup dia.

Selalu juga kena marah, pukul, penampar dan rotan dari aku waktu tu aku pegang jawatan Guru Disiplin, ya paling besar bila aku uruskan kesnya hingga ke Balai Polis Pitas dengan PK Tingkatan 6, Kak Mulan Apparels (nama betul cikgu ni Senah, saje nampak macam glamer bubuh la nama Mulan tu), alhamdulillah, masin mulut aku, dia benar-benar jadi polis sekarang.

Sengaja aku up dekat sini agar menjadi pemangkin semangat untuk anak-anak Pedalaman Pitas, dan juga semangat buat aku jika aku mula malas dan alpa...kata-katanya pula kali ni memberi aku pengajaran untuk tidak judge sesiapa terlalu awal...

Bersabar la cikgu, jika dua tiga kerat yang membenci kita pasti akan muncul sekelompok atau seribu orang yang ingat kita...

Demikianlah post Cikgu Farazi. Saya amat setuju dengan kata kata beliau. Jika ada yang membenci pasti juga ada yang mengingati jasa kita.

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis

ARTIKEL MENARIK:

Pesanan khas untuk ibu bapa menjelang peperiksaan UPSR

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Nota poket Matematik Cikgu Shahril bantu murid skor A UPSR

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi