Dukung murid?

Memang jarang dilakukan oleh mana-mana cikgu..tapi itulah yang dilakukan oleh guru ini tatkala anak muridnya tidak mahu masuk ke kelas.

Walaupun sudah dipujuk dengan lemah-lembut, bagi nasihat dan sebagainya, namun semuanya tetap tak menjadi..akhirnya inilah yang terpaksa dilakukan oleh cikgu ini terhadap muridnya.

Blog Cikgu Emmet Menulis papar gelagat Cikgu Yusmie yang kini tular.

Jom kita tengok 

 

 

**********

 

 

Kasih Ibu Bapa bawa ke Syurga, Kasih Cikgu Yusmie Tiada Sempadannya

 

Kasih Bapa Bawa Bahagia

Kasih Ibu Bawa ke Syurga

Kasih Guru Tiada Taranya.

 

Demikianlah boleh diumpamakan kasih seorang guru yang bernama Yusmie Yusoff.

Jika tahun 2015 Cikgu Yusmie pernah mencuci kepala seorang muridnya yang mengalami scarbies atau kudis buta.

Pagi semalam, beliau telah berjaya memujuk muridnya untuk hadir ke sekolah. Muridnya yang tidak mahu masuk ke kelas dan lari ke pagar telah dipujuk penuh kasih sayang.

Beliau yang mengajar di SK RPS (Rancangan Penempatan Semula) Dala di Grik, Perak sering mengambil berat akan perihal muridnya.

Tahniah Chor..Mike memang hebat.

 

Berikut adalah catatan Cikgu Yusmie dalam FB beliau.

“Aku pujuk-pujuk, usap-usap belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya le cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas. Anak aku 3 orang pun tak peronah aku buat macam tu kat deme. Yang kat belakang tu Ustaz Hidayat tengah buat rundingan diplomasi pujuk masuk ke kelas. Untung le kome. Kalau zaman muda dulu memang udah ku tangankan je. Dah tua2 ni maleh dah nak buat itu semua. Udah insaf..”

Kesimpulannya, semoga YB Menteri dapat mengangkat martabat guru-guru di pedalaman kerana mereka adalah adiwira yang hebat.

 

 

 

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis

ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk-pujuk tak jalan, cikgu ini gendong anak murid ke kelas… ‘untung le kome’