Kesusahan hidup yang dihadapi tidak menghalangnya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan baru-baru ini.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Johor Bharu, Iskandar Mohamad harus dijadikan contoh pelajar lain kerana sifat dan kesungguhan yang ditunjukkannya.

Iskandar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan ini tidak malu dengan latar belakang keluarganya.

Bapanya, Mohamad Abd Wahab hanya bertugas sebagai pegawai keselamatan di rumah anak yatim Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bharu manakala ibunya pula tidak bekerja.

Sikapnya pandai membawa diri, menjaga nama keluarga menyebabkan dirinya sentiasa dikelilingi rakan yang sentiasa menyokongnya.

Niat belajarnya kerana ingin berjaya seperti orang lain dan sekiranya orang lain boleh berjaya, mengapa dirinya tidak?

Kekurangan fizikal yang dialami tidak menghalangnya untuk fokus dalam bidang akademik sehingga Iskandar berjaya menggembirakan keluarganya dengan memperoleh keputusan cemerlang.

Menurutnya, perkara penting mendorongnya memperoleh keputusan cemerlang adalah menjaga hati guru.

“Saya suka belajar di tempat sunyi supaya boleh lebih fokus dan juga belajar bersama rakan-rakan lain.

“Ketika di dalam kelas jangan lakukan perkara lain apabila cikgu mengajar dan dengar saja walaupun tidak faham apa yang diajar supaya dapat mengulang kaji semula apa yang dipelajari,” katanya.

Melalui perkongsian dari Facebook Ali Iqbal Roslani menceritakan perjalanan hidup Iskandar yang penuh cabaran sehingga dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Ayuh ikuti perkongsian ini semoga dapat memberi manfaat dan inspirasi buat kita semua.

 

Iskandar di samping rakannya ketika mengambil keputusan SPM baru-baru ini.

 

The Legend of Iskandar

Hari ini 15/3/2018 mencatat sejarah buat bekas pelajar lepasan SPM 2017 MRSM Johor Bahru bernama Mohamad Iskandar Mohamad.

Beliau mendapat straight A bagi semua mata pelajaran SPM. Tahniah. Namun beliau bukan pelajar biasa tetapi luar biasa. Mungkin lain cikgu. Lain ceritanya. Ini sekadar apa yang saya lalui.

Anak 'homeroom' Cikgu Hamidah f1-f3, f4-f5 Cikgu Fuad Galaticos Anaconda tahniah Cikgu Midah, Cikgu Fuad.

15/1/2013 - 6 tahun lalu - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 MRSM Johor Bahru. Ketika itu saya cikgu yang dilantik sebagai AJK Fotografi dan Dokumentasi.

Saya tertarik melihat seorang pelajar yang bertubuh kecil ini. Saiznya memang kecil. Saya tegur dan dia memperkenalkan diri sebagai Iskandar. Sempat saya snap beberapa keping gambar dia sebab memang sepanjang masa dia asyik tersengih mungkin gembira mendapat tempat di MRSM.

Saya juga masa itu adalah warden asrama lelaki. Saya sememangnya amat tegas dengan pelajar tapi takda la semua benda nak marah nak garang. Sebelum 'light off' rutin saya akan ronda dulu bersama rotan 'double decker' disalut 'strapping' putih ragbi bagi prestasi terbaik haha (macam biasa budak memang bising, sekali laungan singa terus senyap la haha). Tiba-tiba si Iskandar kecik ni duk seronok berlari sana sini dekat koridor. Dia tak sempat brek. Dia slide celah kangkang saya!!!! bertuah punya budak!!! Mentang2 size dia kecik. Kita tinggi. Adoiii hahaha slide atau bahasa bola nutmeg kot. Betapa hanginnya masa tu saya denda dia lari keliling asrama 3 round combo starlight sebab nak sangat berlari kan. Hahaha habis denda berkali-kali dia minta maaf dan minta jangan lapor pada ayah dia. Dah habis sempat dia menoleh sengih. Sabo jela haha.

Siapa iskandar ni?? Saya 'share' supaya pelajar kena amik iktibar tentang kisah dia.

Dia berasal dari keluarga susah. Ayahnya pengawal keselamatan/'guard' kat rumah anak yatim Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru. Masa warden dulu selalu perasan ayah dia gigih naik motor amik dia masa PB dan masa 'visit' pasti dia bekal makanan dalam 'tupperware' (maybe ibunya masak sendiri).

Iskandar tak pernah malu dengan 'background family'nya yang susah. Dia tak pernah minta-minta dengan orang. Ibunya tidak bekerja. Saya begitu 'respect' dengan Iskandar kerana dia tau dia berasal dari keluarga yang susah.

Dia pandai jaga diri, nama keluarga dan dia belajar bersungguh-sungguh. Lima tahun di MRSM Johor Bharu. Dia tak pernah ada masalah disiplin sahsiah.

Lima tahun dia menuntut ilmu dengan pelbagai rintangan. Dikelilingi rakan yang sentiasa menyokong beliau. Akhirnya hari ini tiada apa yang lebih membahagiakan kedua-dua ibu bapanya malah rakan guru melihat dia mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2017.

Bukan saya nak membanding-banding anak-anak pelajar lain. Saya nak tegaskan. Lihat dan sedar diri bagaimana dia berusaha demi keluarga. Tak pernah menggunakan pelbagai alasan.

Kita perlu berusaha untuk keluarga kita. Harapan ibu dan ayah.

“Paling saya ingat ayahnya, En Mohamad datang ke sekolah untuk bayar yuran sekolah. Saya masih ingat. Ayahnya berpakaian pengawal keselamatan. Tak cukup 10 sen je pun. Saya beritahu takpalah biar saya menambah duit 10 sen tu. Tapi En Mohamad tetap berkeras pulang ke rumah untuk ambil wang 10 sen tu. Masyaallah. Tak pernah saya jumpa ayah yang begini. Saya ingat kata-kata ayahnya. Walaupun 10 sen tapi ini amanah untuk bayar. Masyaallah hebat orangnya.

Iskandar bukanlah pelajar yang asalnya pandai. Pelajar sederhana tapi dia rajin dan mula menyinar semasa di darjah 6.

Iskandar kalau kamu baca coretan cikgu ni..hargailah ibu bapa kamu..betapa mulianya mereka bersusah payah untuk memastikan kamu jadi pelajar berjaya.”

Dari cikgu Mohaini Jawati

“Alhamdulillah. Tahniah. Iskandar ni memang sangat rajin. Masa tunggu 'result' SPM setiap minggu dia 'part time' kilang. Setiap minggu pukul 5 pagi je dia dah terpacak kat
tembok Cermai 10 tunggu saya bawa 'transport' ambil diorang 'part time'. Dia tak pernah mengeluh berdiri semasa kerja kilang ini”.

Perkongsian Puan Zaliza.

Sempat saya interview dia sekejap tadi..

Nama ayah - Mohamad Abd Wahab

Nama ibu - Esah Derahman

“Saya belajar sebab nak berjaya macam orang lain supaya dapat bantu keluarga saya. Saya selalu fikir kalau orang lain dapat berjaya kenapa saya tak dapat nak berjaya jugakkan? So saya pun kena berjaya semampu yang saya boleh.

"Ada orang yang berjaya dari segi kokurikulum tapi bagi saya orang yang fizikal macam saya mestilah susah sikit so saya cuma dapat fokuskan diri untuk berjaya dalam bidang
akademik je dan alhamdulillah dapat juga menggembirakan keluarga saya.

“Tip study dan berkawan - Saya suka 'study' kat tempat yang tak ramai orang sebab boleh fokus dan saya suka 'study' dengan kawan-kawan saya yang nak 'study' jugak. Bila cikgu ajar dengar je dan kalau dah tak dapat nak faham apa yang cikgu ajar tu jangan buat benda lain, jangan tidur dalam kelas, just dengar je (buat-buat faham) dan 'cover' semula nanti.

“Paling penting, kena jaga hati cikgu. Waktu belajar juga saya suka dikelilingi kawan-kawan saya yang pandai tu sebab saya fikir 'at least' mudah-mudahan nanti bila saya dah dapat kerja ke macam tulah. Kalau ada rezeki lebih boleh hantar diorang pegi haji kan”.

Sumber: Facebook Ali Iqbal Roslani