CIKGU Ahmad Faizal Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Emmet, berkongsi kisah seorang guru interim yang telah menderma Visor Keselamatan Covid – 19.

Perkongsian yang dicatatkan menerusi facebook Cikgu Emmet Menulis bertarikh 27 Mac 2020, telah dihujani pelbagai ucapan dan kata-kata semangat daripada wargamaya.

Antara ucapannya

Fauzidah Hj Huri: Alhamdulillah...Tahniah anak. Buat yang terbaik kerana Allah SWT

Kong Siu Fong: Syabas dan Tahniah cgu. Sgt kreatif

Sarinah Bain: Tahniah semoga Allah membalas balik jasa anda dengan melibat gandakan rezekiNya kepada anda dan semua petugas

Hamidah Rahmat Ida: Alhamdulillah, sesiapa yg ada kepakaran gunakanlah ilmu yg ada utk membantu government memantau masalah Covid 19 ini

Rajamah Hj Mendani: Alhamdulillah. Tahniah cikgu, merupakan cikgu RBT kpd anak saya. Moga Allah membalas jasa murni cikgu

Hakeem Aziz: Tahniah cikgu.. moga allah mempermudahkan segala urusan dan memberi ganjaran yang berlipat ganda diatas usaha cikgu membantu frontliner kita.. amiiin...

Ikuti catatan ringkas Cikgu Emmet mengenai Cikgu Muhamad Taufik ini.  

**********

Guru interim derma VISOR KESELAMATAN COVID 19 ciptaan sendiri untuk petugas barisan hadapan Hospital Nyabau Bintulu.

Kreativiti seorang guru interim RBT di SMK Kidurong Bintulu telah berjaya menghasilkan topeng muka keselamatan (safety visor) untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Nyabau Bintulu sebagai inisiatif membantu mengurangi risiko jangkitan Covid 19 kepada para petugas kesihatan.

Cikgu Muhamad Taufik Yahya yang merupakan bekas pekerja sambilan harian di Pejabat Kesihatan Dalat pada 2012 berkata, usaha ini sebagai menghargai jasa pihak Kementerian Kesihatan yang pernah menerima beliau bekerja sementara.

Cikgu Muhamad Taufik merupakan seorang guru interim menggunakan mesin 3D dan plastik A4 bagi membuat beberapa topeng keselamatan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Muhammad Taufik atas usaha murni beliau. Topeng batch pertama sebanyak 23 unit ini telah diagihkan pada pada pegawai kesihatan di Hospital Nyabau Bintulu.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Menulis

Cikgu Emmet merupakan guru Subjek Rekabentuk Teknologi SM Kidurong Bintulu
 

Artikel menarik:

Kreativiti Guru MRSM Kubang Pasu, cipta alat pelindung muka bantu KKM

Ibu bapa yang ada anak istimewa dan lambat membaca perlu ikut cara Cikgu Roslee

Hobinya suka membaca, tidak hairanlah pengetua ini terima Anugerah Tokoh Nilam