Guru akan berbuat apa sahaja untuk anak didiknya.

Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata mahu mencurahkan bakti dan budi kepada seluruh murid.

Namun, masih ada segelintir pelajar yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati cikgu sehinggakan ada guru terpaksa menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.

Kenapa ini berlaku?

Apa yang membuatkan pelajar tersebut bersikap sebegitu pada guru-guru?

Ustaz Tido berkongsi kisah tentang guru menangis disebabkan pelajar..

Mari kita hadam   

 

 

**********

 

 

Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya..

“Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. "

Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang x jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.

Ada guru yang cerita dengan saya lepas ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu..

Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam-macam lagi.. Kadang-kadang kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak-anak.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak-anak berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. Ya Allah ampunilah anak-anak pelajar saya...

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut-takut kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak-anak.

Saya selalu bagitau pelajar-pelajar dalam ceramah..

“Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapat keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak-anak dapat “lesen besar” daripada mak ayah.. Seolah-olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pada guru..

Saya kerap di panggil oleh sekolah-sekolah terbaik di Malaysia.

Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab “sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa..”

Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat..

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tanpo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak?

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kesokan adab..

Wahai guru-guru..

Allah sayang cikgu semua mungkin asbab ujian begini Allah nak ampunkan dosa-dosa kita dulu..

Tabahlah.. Allah bagi ganjaran setiap kesabaran ni.. Teruslah istiqamah.

Selalu saya cakap dengan guru-guru masa program ladap.. Guru bukan ibarat seperti lilin.. Lilin walaupun dia bakar dirinya tapi lama kelamaan dia akan padam..habis.. Sebenarnya guru ibarat seperti matahari sentiasa membakar diri untuk beri manfaat pada orang lain.. Walaupun di maki.. “Panasnya hari ni.. Aduiiii!!” Tapi matahari tetap menyinari dan beri manfaat sampai bila-bila.. YaAllah sayangilah guru-guru yang ikhlas mendidik..

Ya Allah ampunilah kami.. Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.. Kita serah bulat-bulat pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya.

Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yang sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru.

Ya Allah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru-guru anak-anak kami.. Amin

Nota kaki: Sebenarnya begitu juga ibu bapa dengan anak. Rosak adab jika ibu bapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya.

 

Motivator Remaja,

Ustaz Tido

Share pada suami isteri kita, guru-guru kita dan anak-anak kita. Semoga bermanfaat dan kita berubah.

 

Sumber: Facebook Ustaz Tido

Makluman: Artikel ini diterbitkan atas keizinan daripada penulis asal

 

ARTIKEL BERKAITAN: Dia pelajar terbaik, selalu terima anugerah pelajaran tapi..- ini luahan anak yang kini doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi, luarannya nampak normal tetapi mampu jadi 'pembunuh' senyap jika tidak dirawat