NIATNYA hanyalah untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan di laman Facebook, Nurul Ain Arbain tentang seorang murid yang dijumpainya di tepi jalan.

Namun, perkongsiannya itu telah tular dan mendapat perhatian begitu ramai netizen hinggakan ada antaranya tampil menghulurkan bantuan.

Sungguh, wanita yang dikenali sebagai Nurul Ain Arbain terkejut dan tidak menyangka ceritanya menjadi begitu viral di media sosial.

Seperti katanya menerusi akaun facebooknya..

"Alhamdulillah..rezeki adik Mydin yang sangat luas..terima kasih kerana kongsi cerita saya ni.. insya-Allah saya akan tunaikan sumbangan kalian dengan amanah... segala puji bagi Allah..hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian.

"Terima kasih semua kerana berkongsi cerita saya..niat hanya nak share cerita..tapi tak sangka dalam berkongsi, saya dapat membantu dan memenuhi hajat rakyat Malaysia yang prihatin..semoga kita hidup aman..dan bersatu hati.

Ikuti cerita selanjutnya tentang 'adik' Mydin itu

**********

Adik ni tadi saya jumpa tepi jalan..tengah jalan kaki nak balik rumah dari sekolahnya..saya tengok macam nak hujan..so, saya berenti la tanya dia nak pegi mana..dia kata nak ke Mydin.

Mydin?? Saya macam terkejut jugak..sebab jauhnya dia nak jalan dari sekolah sampai Mydin dengan bawak beg sekolah berat dia tu..saya tanya la buat apa nak g Mydin..kenapa tak blk rumah?

So, dia jawab..“abang saudara ambil saya dari Mydin untuk balik rumah..abang saudara bawa van kilang..kalau saya lambat abang tak boleh ambil saya..nanti saya kena jalan kaki balik rumah..jauh aunty..saya lapar..dari pagi tak makan apa-apa..”

Ye lah..dah pukul 3.30 pm..memang lapar la budak ni kan..anak saya sendiri pun balik sekolah mintak makan..inikan dia dari pagi sekolah..pastu kelas tambahan pulak untuk UPSR..

Saya ni dah jadi mak kan..mestilah saya nak tanya dia pasal mak ayah dia..mana mak..mana ayah..kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang jauh macam ni..ikutkan dari sekolah nak jalan kaki sampai rumah dia tu boleh makan masa 2 jam 30 minit baru sampai..tapi, kalau bawak kereta kejap je dah sampai..

“Ayah mati aunty..mak lari..saya tinggal dengan datuk sama nenek..datuk sakit jantung..nenek sudah tua..”

Kau dengar ayat ni kau tak terkejut ke?? Ya allah...kau pertemukan aku dengan budak ni untuk apa ?? Kau nak uji ke ??

“Mak lari waktu saya umur 6 tahun..sekarang saya sudah 12..ayah mati waktu saya 1 tahun.. mak tinggalkan saya depan rumah nenek..mak lari mau kawen lelaki lain..”

“Aunty..saya lapar..saya belum makan 1 hari aunty..” "ok ok..saya bawak awak pegi mkn..tapi, awak ikut aunty hantar barang sekejap ye.. sebab aunty kena jumpa orang ni..

Dia pun setuju..saya bawak dia pegi drive thru kat MCD..dia kata tak pernah makan ni..

Aduh...hati saya hancur..dia pun mula cerita hari-hari bawak wang RM1 je ke sekolah..kadang-kadang kalau penat, lapar dan dahaga dia akan tumpang tidur depan Mydin tu..RM1 tu dia buat beli roti n air waktu rehat..pastu habis lah duit tu..kadang-kadang senja baru sampai rumah..padahal sekolah habis jam 1pm.

Saya buat keputusan tak nak hantar dia sampai Mydin..nak hantar sampai rumah terus..so, sy dapat jumpa nenek dia..memang dah tua..nenek dia bela 6 orang cucu..mak dan ayah kepada cucu tu semua nya hmmmmm...ntah lah..tak dapat saya nak cerita panjang pasal ibu bapa budak-budak ni..

Nenek ni cuma mengharapkan bantuan kebajikan je..pastu dapat bantuan kiss RM200..dapatlah beli barang-barang sikit.. sewa rumah RM700..itu pun sedaya upaya la mencari..sambil anak lelaki yang sorang tu kerja bawak van kilang..dapatlah ringankan sikit beban..selebihnya jiran-jiran tolong bagi makanan, sabun or apa-apalah bentuk sumbangan..tapi, x kan lah hari-hari orang yang sama nak bantu kan.

Saya bukan nak meraih apa-apa pun sebenarnya..tapi, kalau ada antara anda yang membaca ni terasa nak hulurkan bantuan.. insya-Allah kita dah meringankan beban seseorang yang lain..jika anda nak turut membantu.. insya-Allah saya boleh jadi orang tengahnya..boleh bankin duit sumbangan tu n saya akan pass kepada nenek adik ni..ada antara anda yang nak bantu dari segi kewangan or barang or makanan or apa-apa je lah..blh PM sy terus ye.  

Kita ringankan beban orang lain..insya-Allah Allah ringankan bebanan kita.

Kesian adik ni..Semoga dia berjaya.

Sumber: Facebook Nurul Ain Arbain

ARTIKEL MENARIK

'Cikgu, saya ada dua ringgit, ambillah seringgit beri pada dia' - guru sebak bila kenang murid 1D

Bekas pelajar SMK Kubang Bemban gigih bantu ibu usahakan serunding sempena Aidilfitri

Adik jual aiskrim di sekolah bantu beri kakak wang saku dan bayar van

Pengalaman besarkan anak autisme..Cikgu Noorjahan kongsi prinsip 7R sebagai rujukan mak ayah, guru