KETIKA sedang memantau murid-muridnya menyiapkan aktiviti dalam kelas, tiba-tiba guru ini terpandang seorang anak muridnya yang begitu leka menggunting kertas.

Murid yang dimaksudkan, Amirul Mukhsinin Abdullah, rupa-rupanya sedang menghafal Surah Al-Mulk dan Surah Al-Waqiah sambil menyiapkan tugasan.

Oleh kerana terharu melihat Amirul Mukhsinin khusyuk menghafal, Ustazah Fadilah Mohd Nor telah merakam situasi berkenaan.

Menurut Ustazah Fadilah, Amirul Mukhsinin merupakan seorang murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Ulu. Jempol.

Dia tinggal di Asrama Pusat Pengajian Ibnu Razak (iREC), Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai persekolahan pagi di SK Serting Ulu. 

Rakaman video mengenai adik Amirul Mukhsinin yang sedang menghafal beberapa surah yang dikirimkan Pegawai Eksekutif iREC, Zulkharnain Mustapha kepada wartawan GPSBestari, hari ini.

Mahu jadi hafiz

Sementara itu, anak kepada pasangan Abdullah dan Noorul Hidayah Baharudin itu dikenali sebagai seorang murid yang memiliki budi pekerti mulia dan begitu menghormati guru.

Dia juga disenangi rakan-rakan, mudah memujuk rakan yang menangis, ringan tulang dan sentiasa bersikap peramah.

Bercita-cita mahu menjadi hafiz dalam usia muda dan mempunyai impian mahu membawa kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji dan juga umrah.

Ibu dan bapanya mengambil upah menyediakan tempahan makanan dan minuman untuk dihantar ke sekolah-sekolah dan juga institusi pengajian al-Quran.

Dalam masa yang sama juga, ayahnya mengambil upah memotong rumput dan membersihkan kawasan rumah.

ARTIKEL MENARIK

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat..Allahuakbar

'Budak ni biar betul?' - Hadiah hari guru buat cikgu ini terus capai minyak cap Kapak

Miliki bakat luar biasa hasil buku program..ini kata bekas guru SK Mata Parang tentang dirinya