Pernah sekali dalam tahun 2003 rasanya. Saya waktu tu bertugas di Sungkai Perak selepas lima tahun berkelana di Saratok Sarawak.

Maklumlah waktu tu Wisma Yakin hingga ke Semua House di Jalan TAR merupakan syurga kain dan baju Melayu di Kuala Lumpur. Zaman tu tiket Air Asia pun baru nak mula naik. Jadi bukan senang 'everybody can fly'.

Walaupun demikian ada ramai orang Sarawak 'shopping' di sini.

Mydin pun baru je bertapak tidak jauh dari Masjid India. Saya pula memang gemar ke sana bersama keluarga. Ye lah dah tiga tahun tinggalkan bumi kenyalang mestilah teruja kalau bertemu orang Sarawak.

Selain bertegur sapa dalam bahasa Melayu Sarawak kadang-kadang berjako Iban bila bertemu orang Iban.

Asal nampak polis muka macam Melayu tapi 'name tag' nya Nelson, Alexander atau Wilson saya terus bertanya.. Sarawakian ke? Bila mereka kata ya.. Saya tanya lagi Iban atau Bidayuh? Iban… Jawab mereka..

Nama rita wai… Soal saya.

Seronok tau macam jumpa saudara mara pulak.  Yang melayu Sarawak pun sama… Bila tanya… Dari siney kitak tek?… Kamek dari Kuching… Dan teruskan kami bersembang dalam bahasa Melayu sarawak.

Seronok!

Tapi ada juga saya juga segelintir anak rantau Sarawak yang merasakan mereka lebih suka dikenal sebagai orang KL.  Eh… Ada tau.. Jangan ingat tak ada. Pernah satu ketika saya terdengar seorang lelaki mencari baju Melayu di Wisma Yakin sambil menjawab panggilan telefon bimbit.

Waktu itu jika memiliki Erricson T9 sudah dianggap kaya tau.

Saya terdengar dia cakap Melayu Sarawak. Usai dia bercakap dalam telefon saya pun menegur. Assalamualaikum.. Kitak dari Sarawak kah? Dia tidak menjawab sebaliknya bertanya saya pula.

Orang Sarawak ke?

Saya jawab.. Bukan.. Saya orang Perak.  Dia pun menjawab soalan pertama saya tadi dalam bahasa Malaya, Iye… Saye dari Sarawak. Kenape ye? Soalnya kembali. Oh.. Sik kamek dolok pernah ngajar Saratok.

Rindok ati mun betemu orang Sarawak.

Jelas saya. Dia terus tersenyum sambil mencari cari baju Melayu pilihan hatinya. Saya masih ada rasa nak bersembang walaupun layanan agak dingin.  Saya terus bertanya lagi. Kitak di Sarawak di siney?

Oh saya ni dari Kuching tapi dah enam bulan kerja di KL ni.

Jawabnya sambil melirik sebentar ke arah saya dan terus mencari baju. Ok mungkin dia tak suka bersembang kot. Saya pun malas nak bercakap lagi. Ok lah ye. Saye minta diri dulu. Saye pun nak cari barang juge.

Kata saya sambil ke gerai sebelah.

Dia senyum dan terus mengambil sehelai baju Melayu dan bertanya pada jurujual… Bang.. Bang… Baju Melayu macam ni yang tak ade geru ade jual tak? Terbeliak mata saya mendengarnya.

Jurujual tu pulak jawab.

Hang cakap apaaa. Geru tu apaaa?  Saya menutup mulut, menahan ketawa. Tauk syaru juak paduhalllllll. Bisik saya dalam hati. Kesimpulannya berbanggalah dengan identiti Sarawak walaupun berada di mana-mana pun.

Jangan jadi orang lain.

Jangan malu jadi diri sendiri. Itu kisah hampir 20 tahun lalu. Sekarang keadaan sudah berubah. Orang Sarawak dah bangga dengan jatidiri mereka walau di mana mereka berada. Tok bok Sarawak….!!!!

Kredit: Cikgu Emmet