BEZA ANTARA MENTALITI KITA

Kawan aku, Andy Sulaiman baru wasap aku pagi tadi.

Dia luahkan kesedihan mentaliti orang kita yang sangat berkira dengan pendidikan anak-anak.

Sumbangan RM5 untuk cat sekolah anak sendiri pun ada yang bersangka buruk siap laporkan kat PPD bagai kata PIBG salah guna kuasa.

LIMA RINGGIT JE WOIH!

Bukan lima ratus. Tu pun berkira siap buat laporan bagai? Dah la tak membantu, menyusahkan pula. Apa benda ni? Apa ni?

Patut la baki PIBG dalam akaun sekolah tak sampai RM4,000. Sekolah punya besar, punya banyak duit perlu guna untuk pelbagai aktiviti anak-anak, keceriaan kelas dan sekolah dan pelbagai program tapi dana PIBG tak sampai RM4K.

Sedih. Sangat menyedihkan.

Dan percayalah, majoriti sekolah kebangsaan di Malaysia memang begitu. Dana PIBG sikit, nak buat program , nak buat keceriaan, nak tambah baik fasiliti kena mohon sumbangan.

Bila mohon sumbangan pula, sambutan suam-suam kuku. Yang merungut lebih banyak. Yang report dan nak menyusahkan sekolah sangat ramai. Bukan kata nak bantu sekolah anak sendiri, bahkan nak menjatuhkan pula.

Kebetulan pagi ini juga, sahabat aku Sir Rajinder Singh pun hadiri meeting PIBG di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina.

Sir Rajinder kiriman aku pdf kewangan sekolah tersebut. Ada 8 'pages' semuanya. Namun cukuplah aku lampirkan 'page' pertama sahaja.

Tu dia kawan-kawan. Baki di tangan RM811,000. Lebih RM800,000 baki di tangan. LAPAN RATUS RIBU WOIH! Bukan lapan ribu. Jumlah aset pun hampir cecah sejuta.

Dan pernahkah kita lihat kaum Cina merungut tentang yuran PIBG anak-anak mereka?

Pernah kita dengar ada dikalangan mereka buat laporan kerana sekolah minta sumbangan untuk keceriaan?

Ini sebab mereka sangat menyokong sekolah anak-anak mereka. Mereka tak pernah berkira dengan pendidikan. Tak pernah!

Mereka tahu, pendidikan yang baik datangnya dari fasiliti dan keselesaan belajar. Maka mereka tak berkira menyumbang untuk kemajuan sekolah anak-anak mereka.

Mereka tahu, pendidikan itu mampu mengubah nasib. Mereka tahu, dengan pendidikan impian boleh dicapai. Mereka tahu, hanya orang yang berilmu mampu menguasai dunia!

Renungkan apa yang aku tulis hari ini. Ini tulisan bukan bermotif politik. Tidak juga bermotif sindiran.

Ini satu fakta yang kita kena akui dan ubah segera. Tolong, tolong, tolonglah beri sokongan kepada sekolah anak-anak kalian.

Jika pun tidak mahu turut serta berganding bahu membangunkan sekolah anak-anak, tolong jangan menyusahkan!

Sekian, terima kasih.

Kredit: Mohd Fadli Salleh

Ini pula kisah seorang bapa yang beria-ia ingin memberi sumbangan PIBG walaupun dia hanya tukang rumah dengan gaji RM600 sebulan.

Kisah bapa ini dikongsikan seorang guru dan perbualan penuh antara mereka boleh dibaca melalui link ini https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/hanya-gaji-rm600-tapi-bapa-ini-tetap-nak-bagi-sumbangan-pibg-1.921822