Aktiviti hari nih rasanya yang paling saya suka sepanjang 10 hari kat sini. Iaitu aktiviti dengan pakar daripada Perimeter Institute yang bertapak di Kanada.

Kedua-dua pakar ni juga merupakan Guru, sebelum dipinjamkan ke institut tersebut untuk melatih lebih ramai guru pakar seperti mereka, terutamamya untuk subjek Fizik. Jadi kedua-dua mereka sangat mahir pada content, dan juga pedagogi dah tentunya.

Sebab tu banyak contoh yang diberi kan sangat real, sesuai dan memang kita boleh adapt untuk bilik darjah. Lagi penting sebab semuanya adalah kos rendah dan bahan mudah cari.

Yang abam perhatikan, aktiviti yang dijalankan ni walaupun nampak macam advance, tetapi tetap berpaksi kepada asas dan konsep dalam Sains. Penekanan kat konsep tu diutamakan, sebelum lebih banyak eksplorasi dijalankan.

Mereka juga gunakan pendekatan POEA, iaitu:

Predict (buat hipotesis)

Observe (buat ujikaji)

Explain (cari penerangan)

Apply (adaptasi)

Tak sabar nak balik share dengan anak murid! 😍 @ CERN

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)

Hari keenam: Cikgu Hailmi terpegun dengan kecanggihan teknologi di CERN (5 foto)

Hari ketujuh: Cikgu Hailmi berpeluang nikmati makanan tradisi Swiss, Cheese Fondue (2 foto)

Hari kesembilan: Makin mencabar buat Cikgu Hailmi (5 foto)

Hari kesebelas: Cikgu Hailmi teruja ketika lawatan ke Antimatter Factory