HARI KE-13

- Catatan bertarikh 21 Julai, Ahad, 10.16 pagi (waktu Meyrin, Switzerland)

Graduation

Yeayyyy!! Selesai jugak kursus dua minggu di sini. Abam sangat bersyukur dapat tamatkan program CERN International High School Teacher 2019 dengan jayanya sekali.

Abam ambil kesempatan jugak nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat semua rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan abam kat sini. Banyak urusan abam di Geneva nih yang Allah permudahkan. Banyak.

Maka abam dedikasikan juga semua ini untuk ahli keluarga, warga sekolah SMK Jerlun, PPD Kubang Pasu, JPN Kedah, KPM terutamanya BPG, warga Malaysia di Geneva, rakan kenalan online dan offline dan semualah yang mengenali dan tak putus-putus mendoakan.

Semangat kalianlah sebenarnya yang sentiasa memotivasikan abam untuk cuba buat yang terbaik.

Banyak ilmu abam pelajari kat sini, dan semestinya lebih banyaklah ilmu yang perlu dicari lepas nih. @ CERN

Penyelaras program, Jeff Wiener memberikan taklimat kepada peserta.

Bersama guru fizik dari Sepanyol, Adrian (tengah) dan guru fizik dari Australia, Rachel.

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)

Hari keenam: Cikgu Hailmi terpegun dengan kecanggihan teknologi di CERN (5 foto)

Hari ketujuh: Cikgu Hailmi berpeluang nikmati makanan tradisi Swiss, Cheese Fondue (2 foto)

Hari kesembilan: Makin mencabar buat Cikgu Hailmi (5 foto)

Hari ke-10: Cikgu Hailmi tak sabar nak kongsi dengan murid, pengalaman di CERN

Hari ke-11: Cikgu Hailmi teruja ketika lawatan ke Antimatter Factory

Hari ke-12: Kuliah terakhir High School Teacher lebih mengujakan

Hari ke-13: Pembentangan makin mencabar buat Cikgu Hailmi dan kumpulan (6 foto)