HARI KE-14

- Catatan bertarikh 21 Julai, Ahad, 11.23 pagi (waktu Satigny, Switzerland)

Hari akhir abam kat Geneva nih, tak sangka dapat spend masa dengan orang Malaysia lagi.

Awal pagi dapat jemputan sarapan pagi bersama warga Malaysia, Liyana dan suami, Sameed warga Pakistan yang bekerja dengan CERN. Kat Antimatter Factory. Hebat kan?

Insya-Allah kami juga sempat berbincang mengenai peluang untuk bawa lebih ramai rakyat Malaysia (murid sekolah menengah, pelajar universiti dan guru) ke program yang sesuai kat sini pasnih. Atau, mungkin bawak sebahagian ‘CERN’ ke Malaysia?

Turut bersama kami adalah pelajar UKM yang datang bagi program Summer School dua bulan kat CERN nih di bawah seliaan @akademisainsmalaysia, Zubair. Ada tiga orang semuanya. Sebelum nih jugak pernah jumpa dengan Ti. Hanya tak sempat jumpa yang seorang saja lagi.

Dan akhir sekali, Kak Ros dan Encik Azmi lah. Dua orang yang banyak membantu sepanjang saya kat sini. Padahal tak pernah berkenalan pun sebelum nih. Tapi depa punya baik tu, Allah saja lah yang mampu balas kebaikan mereka berdua. Insya-Allah ada rezeki pasti saya datang melawat mereka ke sini lagi.

Bukti, nak buat kebaikan nih, tak perlu nak kenal orang.

Terima kasih semua warga Malaysia di Geneva! @ Geneve Switzarland

Inilah Kak Rosmawati Mohd Nawi, salah seorang rakyat Malaysia yang menetap di Geneva, yang banyak membantu Cikgu Hailmi sepanjang berada di sana. 

Cikgu Hailmi bersama siswa UM, Tee Chin Sze yang mengikuti program Summer School di CERN.

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)

Hari keenam: Cikgu Hailmi terpegun dengan kecanggihan teknologi di CERN (5 foto)

Hari ketujuh: Cikgu Hailmi berpeluang nikmati makanan tradisi Swiss, Cheese Fondue (2 foto)

Hari kesembilan: Makin mencabar buat Cikgu Hailmi (5 foto)

Hari ke-10: Cikgu Hailmi tak sabar nak kongsi dengan murid, pengalaman di CERN

Hari ke-11: Cikgu Hailmi teruja ketika lawatan ke Antimatter Factory

Hari ke-12: Kuliah terakhir High School Teacher lebih mengujakan

Hari ke-13: Pembentangan makin mencabar buat Cikgu Hailmi dan kumpulan (6 foto)

Hari ke-13: Tamat sudah kursus dua minggu di CERN - Cikgu Hailmi lahir penghargaan (3 foto)